Bintang gusti yang menempa nama dalam industri Hollywood, Dwayne Johnson, mengungguli senarai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi untuk dua tahun berturut-turut, menurut satu senarai yang dikeluarkan majalah Forbes pada Selasa.
Johnson, yang juga dikenali sebagai ‘The Rock', meraih bayaran sejumlah AS$87.5 juta (RM367.3 juta) dari 1 Jun 2019 hingga 1 Jun 2020. Itu termasuk AS$23.5 juta (RM98.6 juta) daripada projek filem thriller Netflix Inc berjudul Red Notice.
Kekayaannya juga diperoleh daripada jualan koleksi pakaian kecergasan 'Project Rock' di bawah kolaborasi jenama Under Armour Inc.
Aktor Ryan Reynolds, yang membintangi Red Notice bersama Johnson, di tempat kedua senarai Forbes itu. Dia meraih AS$20 juta (RM83.9 juta), selain lagi AS$20 juta bagi filem Netflix, Six Underground.
Pelakon dan penerbit Mark Wahlberg, bintang komedi aksi Spenser Confidential, di tempat ketiga dengan AS$58 juta (RM243.5 juta). Kedudukan seterusnya ialah aktor Ben Affleck dengan AS$55 juta (RM230.8 juta) dan Vin Diesel dengan pendapatan AS$54 juta (RM226.7 juta).
Akshay Kumar, satu-satunya bintang Bollywood dalam senarai 10 teratas, berada di kedudukan keenam dengan pendapatan AS$48.5 juta (RM203.6 juta) . Kebanyakan pendapatan itu diraih daripada kontrak sebagai duta produk.
Melengkapkan senarai tersebut adalah pencipta muzikal Hamilton, Lin-Manuel Miranda, pelakon Will Smith dan Adam Sandler, serta bintang seni bela diri Jackie Chan.
Angka pendapatan itu adalah yang sebelum dicukai, dan tidak termasuk pemotongan bayaran ejen, pengurus dan peguam, jelas Forbes.
Majalah berkenaan turut mendedahkan senarai berasingan bagi pelakon wanita dengan pendapatan tertinggi.
Agensi
Wed Aug 12 2020

Johnson, yang juga dikenali sebagai The Rock', meraih bayaran sejumlah AS$87.5 juta (RM367.3 juta) dari 1 Jun 2019 hingga 1 Jun 2020. - Facebook/DwayneJohnson

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dwayne Johnson di kedudukan teratas senarai aktor paling dibayar mahal - Forbes
Johnson, yang juga dikenali sebagai The Rock', meraih bayaran sejumlah AS$87.5 juta (RM367.3 juta) dari 1 Jun 2019 hingga 1 Jun 2020.