PELAKON Emma Maembong melahirkan rasa syukur apabila kakaknya iaitu Shikin Maembong bakal bernikah dengan penyanyi Cat Farish tidak lama lagi.
Emma memberitahu dia tidak mempunyai sebarang tips atau nasihat untuk pasangan itu namun hanya mendoakan agar perkahwinan mereka itu yang terakhir.
"Saya sendiri sudah mendirikan rumah tangga dan tahu akan ada ujian dalam perkahwinan, bukan mudah. Semua orang boleh berkata ikut sesuka hati mereka.
"Masing-masing merupakan perkahwinan ketiga, saya tidak boleh bagi tips atau nasihat kepada mereka sebab saya tidak apa akan terjadi pada masa depan. Apa yang pasti saya berdoa ini merupakan yang terakhir untuk Shikin dan Cat.
"Gembira itu bukan sahaja terlihat pada Shikin dan Cat, tetapi pada anak-anak mereka juga. Lagi-lagi anak Shikin, dia anak tunggal, selalu cakap nak pergi rumah kakak (anak Cat). Saya yang dengar pun rasa sebak," katanya kepada Gempak.
Emma ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu jenama MOVON di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Dalam pada itu, Emma berkata dia melihat kebahagian yang terpancar di wajah kakaknya sejak bersama bakal suaminya itu.
"Saya secara peribadi melihat Shikin selepas kenal Cat, wajahnya lebih ceria walaupun berdepan pelbagai ujian sebelum ini. Kali ini dia betul-betul gembira yang saya sendiri tak pernah lihat dia gembira sebegini.
"Saya doakan rasa gembira dan bahagia itu kekal dalam hubungan Shikin dan Cat selamanya. Love make people crazy, kalau Shikin selalu buat benda gila bersama Cat maknanya mereka sangat bahagia," katanya.
Dalam pada itu, diminta berkongsi mengenai persiapan menuju hari bahagia Shikin dan Cat, Emma memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa sebaliknya menunggu penjelasan daripada kakaknya sendiri.
"Saya boleh cakap memang benar Shikin akan bernikah dengan Cat, tapi secara terperinci saya tidak boleh kongsi kerana lebih elok jika keluar dari mulut tuan badan itu sendiri.
"Saya rasa kurang manis jika saya mewakili pihak dia untuk beritahu tarikh, lokasi dan sebagainya," jelasnya lagi.
Terdahulu, kisah percintaan Cat dan Shikin yang juga usahawan mula dihidu netizen selepas mereka berkongsi beberapa video yang memaparkan aksi mesra di laman sosial masing-masing.
Cat kemudian menerusi satu temu bual mendedahkan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan Shikin dan dikhabarkan bakal berkahwin pada 13 Julai ini.
Untuk rekod, Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Ahli kumpulan Ruffedge itu juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun rumah tangga itu hanya bertahan dua tahun. - Gempak
Gempak
Mon Jul 10 2023

Emma Maembong (kiri) melahirkan rasa syukur apabila kakaknya iaitu Shikin Maembong bakal bernikah dengan penyanyi Cat Farish tidak lama lagi. - Gambar GEMPAK

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Apa kesudahan 'Takdir Itu Milik Aku'? Jom layan dua episod akhir malam ini
Takdir Itu Milik Aku lakonan mantap Shaheizy Sam dan Emma Maembong itu bakal membakar adrenalin penonton menerusi episod akhirnya nanti.

Emma Maembong doakan perkahwinan ketiga Shikin, Cat Farish jadi yang terakhir
Kata Emma, kebahagian terpancar pada wajah kakaknya sejak bersama bakal suaminya itu.

Cat Farish bakal disatukan dengan Shikin Maembong
Penyanyi dan komposer Cat Farish berkongsi berita gembira bakal disatukan dengan Shikin Maembong dalam masa terdekat.

Shakil Aryan Shah nama bayi Emma Maembong
Shakil Aryan Shah Nama Bayi Emma Maembong, Comel Reaksi Shariq Pertama Kali Jumpa Adik

Emma Maembong selamat lahirkan anak kedua
Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Hari kesembilan kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih tiada deria rasa dan bau
Umum mengetahui, pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

Emma Maembong dan suami positif COVID-19
Namun, anak pasangan ini, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan, tidak dijangkiti virus berkenaan.

Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri
Nampaknya bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga pada tanggal 20 Februari 2020!

Emma Maembong kini bergelar isteri kepada juruterbang
Pernikahan Emma dan Muhammad Shazli diadakan secara tertutup di sebuah premis di Bukit Damansara, di sini, sekitar pukul 12 tengah hari.

Alvin Chong percaya Emma Maembong mampu hadapi dugaan
Bagus la kawan macam ni ..