CHANDLER yang sering curi perhatian untuk menjadi lucu dan sarkastik, Rachel yang berdedikasi namun adakalanya kepala angin dan Joey yang yakin diri tapi kadang-kadang tunjukkan sisi dungu.
Begitu juga dengan Monica, Phoebe dan Ross yang masing-masing ada perangai tersendiri, namun keenam-enam mereka adalah gabungan watak sitkom terbaik hingga berjaya menjadi formula sebuah jenama popular yang bertahan dalam jadual siaran selama 10 musim.
Bagaimana kehidupan dan kisah terbaru tentang diri masing-masing selepas mereka mengucapkan selamat tinggal kepada apartmen Monica dan Chandler suatu masa dahulu? Adakah mereka akan kembali bertemu di 'Central Perk', kafe yang cukup selesa dan unik dengan berlatar belakangkan bandar raya New York?
Tinggal beberapa jam lagi, peminat siri televisyen Friends boleh menikmati tayangan Friends: The Reunion mulai jam 3.01 petang dan ulangan pada jam 9 malam hari yang sama.
Jutaan peminat sitkom yang telah ditayangkan sejak tahun 1994 ini turut telah membesar bersama. Mungkin sebahagian besarnya tidak mahu ketinggalan meraikan comeback yang dijanjikan dengan pelbagai elemen kejutan dan tarikan.
Bagi penonton dari generasi lebih muda juga, pertemuan semula enam sahabat itu juga suatu yang dinantikan lantaran kisah mengenai kumpulan 'sahabat gila-gila di New York' berkenaan terus diceritakan merentas waktu yang berlalu.
Apatah lagi apabila mengetahui ada banyak kemunculan istimewa yang melangkah asuk ke set sebagai cameo termasuk David Beckham, Justin Bieber, kumpulan terkenal K-Pop (BTS), James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, dan Lady Gaga.
Buat peminat Friends, jangan terlepas untuk menyaksikan Friends: The Reunion menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei jam 3.01 petang dan ulangan di saluran 411 HBO, jam 9 malam.
Astro Awani
Thu May 27 2021

Buat peminat Friends, jangan terlepas untuk menyaksikan Friends: The Reunion menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei jam 3.01 petang dan ulangan di saluran 411 HBO, jam 9 malam. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Enam sahabat 'gila-gila' dari Manhattan kembali hari ini dalam 'Friends: The Reunion'
'Friends: The Reunion' dapat ditonton menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei jam 3.01 petang.