KUALA LUMPUR: Artis terkenal, Erra Fazira menitipkan doa semoga bahtera rumah tangga yang dibina bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila Mohd Noor akan berkekalan hingga ke syurga.
Kata pelakon dan penyanyi masyhur itu, harapannya juga pasangan pengantin baharu itu akan mengecapi kebahagiaan zahir dan batin di dunia dan akhirat.
“Tahniah buat pengantin baharu. Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhirat,” kata Erra kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Engku Emran, 46, menamatkan zaman duda buat kali kedua dengan menikahi Noor Nabila, 36, yang juga kakak kepada usahawan dan selebriti masyhur, Neelofa pada pagi Jumaat.
BACA: Noor Nabila bergelar isteri Engku Emran
Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Engku Emran dan kedua buat Noor Nabila.
Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.
Pasangan itu bagaimanapun, menoktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014.
Personaliti media itu kemudian bertemu jodoh dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.
Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, Laudya mengumumkan pernikahannya dengan Engku Emran sudah berakhir.
Manakala, Noor Nabila pula pernah bernikah dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada Julai 2020 selepas hampir setahun berhadapan krisis rumah tangga.
Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.
BACA: "Jaga Jebat elok-elok naa" - Pesanan Mamu Sharnaaz pada Noor Nabila, Engku Emran
Astro Awani
Fri Mar 19 2021

Erra Fazira berdoa Engku Emran dan Noor Nabila akan mengecapi kebahagiaan zahir dan batin di dunia dan akhirat. - Gambar fail Astro AWANI

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.

'Ketepikan ego, tolak ansur demi anak' - Erra Fazira nasihatkan pasangan bercerai
Menurut Erra, dia tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.

Jakoa Pahang urus hantar mayat Erra Fazira, Wak Sai Bah Ema
Usaha membawa pulang mayat dua wanita Orang Asli ke kampung masing-masing pada Jumaat telah dilakukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang.

"Saya bukan nabi" - Perceraian kali ketiga uji kesabaran Engku Emran
Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.

'Saya tak pernah beri komen begini' - Erra Fazira hormati privasi Engku Emran
Erra menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.

Takdir pertemuan Engku Emran dengan tiga wanita hebat
Kehadiran Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila disifatkan Engku Emran membawa makna dan erti dalam kehidupannya.

Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.

Erra Fazira tidak tahu menahu hal rumah tangga Engku Emran, Noor Nabila
Sebagai bekas isteri, Erra menghormati privasi Engku Emran dan enggan masuk campur perihal status rumah tangga.

Erra Fazira mohon maaf tidak dapat hadir majlis perkahwinan Shahir AF
Pelakon jelita Erra Fazira mengakui menerima jemputan ke majlis perkahwinan penyanyi Shahir yang telah berlangsung pada awal September lalu.

"Persiapan perkahwinan sudah bermula" - Shahir AF8 bakal akhiri zaman bujang
Bekas kekasih Erra Fazira belum bersedia kongsi wajah bakal isteri.