KUALA LUMPUR: Rasa kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan artis popular tanah air, Faizal Tahir ketika berkongsi rezeki cahaya mata ketujuh yang lahir pada Disember lalu.
Tidak seperti bayi-bayi lain, kehadiran cahaya mata perempuan yang diberi nama Maryam Tahirah itu dilahirkan dengan sindrom down.
Kepada penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Gemuruh itu, biar serba kekurangan sekalipun, namun, Maryam Tahirah adalah anugerah terlalu istimewa buat dia dan seluruh keluarganya.
“Sebulan sebelum isteri bersalin, kami dapat tahu anak dalam kandungan disahkan menghidap sindrom down. Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi.
"Saya tak ada rasa macam 'down' dan tidak timbul rasa kecewa atau persoal kenapa anak saya dilahirkan sindrom down," kata Faizal dalam perkongsiannya di akaun media sosial peribadinya.
Tidak hanya dia dan isteri, Siti Raihannim bersyukur dengan kurniaan, itu, bahkan, seluruh kaum keluarga dan rakan-rakannya juga memberikan reaksi yang positif sebaik dimaklumkan mengenai cahaya matanya itu.
Maklum balas semua pihak benar-benar menyentuh emosi Faizal.
"Benda pertama yang keluar daripada mulut mereka ialah Masya-Allah, SubhanAllah, Allah kurniakan kepada kau anak syurga 'bro'. Masa itu hati saya dengar memang tersentuh.
"Ada juga yang mengatakan tak semua orang dapat, saya insan terpilih untuk diberikan anak yang 'istimewa'. Alhamdulillah benda ini sangat memberi semangat dan memberi kekuatan kepada saya dan isteri,” ujar Faizal lagi.
Ketika mendengar penjelasan daripada doktor, Faizal dimaklumkan bahawa Maryam Tahirah sangat-sangat memerlukan perhatiannya kerana dia berbeza daripada anak-anak lain.
Kata doktor kepada Faizal: “This baby really needs you.”
Namun, seketika selepas memikirkan ayat yang keluar dari mulut doktor berkenaan, Faizal jauh memandang masa depan dan mengingatkan bahawa realitinya, bayi suci itu adalah kunci kepadanya untuk melalui sebuah kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
“Bukan anak saya ini yang perlukan saya… (sebaliknya) saya yang sangat perlukan anak saya untuk menjadi manusia yang lebih baik dan untuk saya menjadi manusia yang lebih bersyukur,” kata Faizal.
Dalam perkongsian itu, Faizal bercerita, Maryam Tahirah disahkan menghidap sindrom down sejak dalam kandungan lagi.
"Sewaktu Maryam Tahirah dalam kandungan, doktor dapat kesan ada beberapa masalah dan komplikasi. Mula-mula itu jantung, kemudiannya disahkan sebagai 'tetralogy of fallot' (TOF). Campuran darah dan oksigen tak cantik.
"Itu masalah pertama yang doktor dapat kesan. Masa tu dah dapat tahu memang nak kena bedah jantung dia selepas lahir. Jadi kami pun dah kena siap sedia untuk itu, mental, fizikal dan kewangan.
"Beberapa bulan lepas itu, buat pemeriksaan lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada masalah lain iaitu 'double bubble' (Duodenal atresia) dalam perutnya. Apabila doktor kesan benda ini, dan dikatakan pula dengan masalah komplikasi jantung tadi, doktor nak beritahu agak berat, sehinggalah laporan mengesahkan Maryam menghidap sindrom down," kata Faizal yang juga bapa kepada tujuh cahaya mata iaitu tiga lelaki dan empat perempuan termasuk Maryam Tahirah.
Perkongsian Faizal itu turut mendapat reaksi daripada banyak orang termasuk artis terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyifatkan kehadiran Maryam Tahirah dalam keluarga Faizal adalah sebagai malaikat kecil kiriman Allah SWT.
"Subhanallah… Allahuakhbar… perkongsian yang istimewa & banyak pelajaran.. Hebatnya Mariam.. malaikat kecil kiriman Allah SWT," tulis Siti Nurhaliza di ruangan komen.
Penyanyi Ernie Zakri yang baru saja melahirkan cahaya mata sulung pula menitipkan doa semoga Maryam Tahirah membesar dengan baik dan sihat.
Astro Awani
Fri Mar 18 2022

Faizal Tahir bersyukur dan reda dengan takdir Allah yang menghadirkan Maryam Tahirah, anak istimewa yang akan membimbingnya menjadi manusia yang lebih baik dan bersyukur. - Gambar Instagram FAIZAL TAHIR

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.

Olimpik Paris: 'Semangat Juara' nyanyian Faizal Tahir lagu rasmi kontinjen Malaysia
Lagu 'Semangat Juara' nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, menjadi lagu rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Faizal Tahir adakan showcase, lelong barang peribadi demi Faith4Palestine - "Ini bukan acara hiburan semata-mata"
Akan ditampilkan, persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi.

Faizal Tahir dedah pernah lalui fasa 'hanyut' dan diri 'rock star'
Komposer dan penyanyi berkata dia menghargai dan mengambil pelajaran dalam setiap sepak terajang yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar artis tanah air.

Harga tiket konsert mahal, ini jawapan Faizal Tahir
Harga Tiket Konsert Mahal, Ini Jawapan Faizal Tahir - "Saya Pun Terkejut, Tapi Show Must Go On!"

Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun
Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.

'Nak murah panggil saya, jangan panggil Faizal Tahir' - Anas Tahir kecewa sering dimalukan
Anas mengaku berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.

'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.

Faizal Tahir bersyukur dianugerahkan anak istimewa
Maryam Tahirah adalah anugerah terlalu istimewa buat dia dan seluruh keluarganya.

"Lambat sikit hari ini, children, I'm so sorry" - Cara komunikasi Faizal Tahir, anak-anak raih pujian netizen
Penyanyi Faizal Tahir mendapat perhatian netizen apabila berkongsi video di akaun Instagramnya yang memperlihatkan bagaimana dia berkomunikasi dengan anak-anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.