AKTIVIS dan personaliti media sosial, Farah Lee memaklumkan dirinya kini sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun menjadi ibu tunggal.
Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
Difahamkan Farah mendirikan rumah tangga dengan individu yang dikenali sebagai Fuad pada Jumaat.
“Okay done kahwin lagi sekali. 05.01.24. #goodluckFUAD “ tulisnya ringkas.
Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah rakan-rakan selebriti antaranya Heliza Helmi, Wany Hasrita, Datin Lisa Surihani, Almy Nadia dan Fakhrul UNIC.
Bagaimanapun, netizen juga tidak ketinggalan mengambil peluang mengusik Farah disebabkan cara pengumuman dan hashtag lucunya itu.
Antara komen yang diterima adalah:
“Macam tu je dia umum wey hahah,”
“Macam tu je caption dengan hashtag kahwin dia wey hahah,”
Sebelum ini, Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun. - Gempak
Gempak
Sat Jan 06 2024

Farah Lee mengumumkan dia kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun menjadi ibu tunggal.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Farah Lee kembali bergelar isteri
Netizen lucu dengan hashtag #goodluckFUAD pada kapsyen gambar perkahwinan Farah Lee.

Hutang: Farah Lee bersuara, dakwa hanya khabar angin, bakal ambil tindakan undang-undang
Menurut Farah, tiada sebarang bukti bertulis yang berjaya dikemukakan oleh pihak yang mendakwa arwah bapanya berhutang sebanyak RM130,000.

Farah Lee kongsi kejayaan raih ijazah Masters di UK
Farah berkongsi momen-momen istimewa bersama nukilan khas bersempena hari bahagia tersebut untuk tatapan umum.

"Anak 5 orang, 3 orang tak ada kat Malaysia" - Farah Lee risau keadaan ibu
Bekas isteri pengacara popular Ally Iskandar, Farah Lee menyuarakan kebimbangan akan keadaan kesihatan ibunya yang retak tulang kaki.

Bekas isteri Ally Iskandar bawa anak sambung belajar di UK
Sempena kedatangan Awal Muharam, bekas isteri kepada pengacara televisyen popular Ally Iskandar, Farah Lee berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Video bersama anak tular, peminat harap Ally Iskandar, bekas isteri bersatu kembali
Baru-baru ini, tular video pengacara Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee menghantar anak mereka, Maream Esbel ke sekolah.

Farah Lee beri penjelasan selepas dikecam tak pakaikan anak ikut syariat Islam
Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee kecewa apabila dikecam kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam.