"Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan 'kau kenal siapa aku?' sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing."
Itu kata saksi pertama kes jenayah membabitkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari yang memberitahu Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat, bahawa tertuduh telah menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya.
Mengulas lanjut kejadian itu, bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.
"Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia sempat menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.
"Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang saya di bahagian kemaluan saya," kata Ashraf lagi yang dipetik daripada Bernama.
Menceritakan kembali kejadian pada 11 Januari lalu, Ashraf yang sedang memandu kereta Perodua Myvi terlihat pelakon itu di tepi Jalan Tropicana, di sini, sedang berjalan sendirian tanpa memakai baju dan seolah-olah meminta bantuan kerana disamun.
"Ketika itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.
"Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara," katanya.
Menurutnya, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik dalam perjalanan ke balai polis, apabila tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.
"Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid terus menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel '300 artis hutang ah long' di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan untuk ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.
Ashraf berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di sini.
Ketika disoal oleh Alia Sumayyah jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor telah mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.
Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.
Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham akan bersambung pada 12 Disember ini.
Astro Awani
Fri Dec 07 2018

Farid Kamil ketika didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Januari. -Gambar fail

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi
Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.

Bicara kes Farid Kamil November ini
Perbicaraan kes Datuk Farid Kamil telah ditetapkan mahkamah untuk lima hari bermula 27 Nov depan.