ENGGAN peristiwa pahit melanda Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa ahli-ahlinya mengambil masa menjaga diri sendiri berbanding terlalu fokus bekerja.
Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki berkata, kebanyakan pengarah tidak mempunyai tahap kesedaran kesihatan jantung yang tinggi dan kebiasaannya tugas sebagai penggerak sesebuah karya ini selalu memaksa diri bekerja hingga ke tahap maksimum.
"Saya akui kesedaran jantung dalam kalangan ahli-ahli FDAM agak rendah kerana bukan kita bebal tapi ingat kita kebal.
"Kita menjadi leka dengan rutin dan perbuatan lazim sehingga tidak peka dengan simptom yang menjadi penyebab serangan jantung.
"Kita bekerja tidak mengikut jam yang ditetapkan badan kita, selalu paksa diri ke tahap maksimum. Saya kenal kawan-kawan saya kerana perangai saya pun sama seperti merokok dan mengambil kafein terlalu banyak," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Tambah Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan itu berpendapat, setiap pengarah perlu mementingkan kesihatan untuk memastikan karya mereka kekal lestari dengan karya-karya yang dihasilkan.
"Buat mereka yang masih ingat, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Semuanya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Masa untuk semua ini berubah. Kita harus selari dengan karya-karya kita dan pada masa sama jagalah kesihatan terutama penggerak kehidupan iaitu jantung. Hanya dengan ini kita kekal lestari dengan karya-karya kita," ujarnya.
Atas faktor itu, FDAM mengambil inisiatif menganjurkan Hari Karya Lestari FDAM 2024 dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kesihatan jantung terhadap penggiat seni.
Program berlangsung seharian itu dihadiri 100 ahli juga menggabungkan elemen riadah, acara berjalan santai dan pendedahan simptom penyakit jantung.
Mereka yang mengambil bahagian pada program itu turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk jantung secara percuma.
Afdlin berkata, FDAM turut menyasarkan acara itu pada masa akan datang untuk keseluruhan industri kreatif.
“FDAM mengalukan rakan-rakan kami dari persatuan-persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan banyak lagi untuk bertemu kami mengadakan kerjasama untuk penganjuran yang sama,” katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 03 2024
![FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720003947_FDAM.jpg)
Afdlin berharap program seumpama ini dapat dilakukan oleh semua persatuan industri kreatif. - Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720003947_FDAM.jpg)
FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa ahli-ahlinya mengambil masa menjaga diri sendiri berbanding terlalu fokus bekerja.
![FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714818878_AfdlinShauki.jpg)
FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.
![Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702782067_TBDatukAfdlinShauk.jpg)
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
![COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81589250200_AhmadIbrahim.jpg)
COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim
Presiden FDAM Ahmad Ibrahim berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.
![Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621696706_Filming.jpg)
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
![Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612622609_AZLANSULTANABUBA.jpg)
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM
Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.
![FDAM jangan lupa matlamat asal persatuan FDAM jangan lupa matlamat asal persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81589981631_Filming.jpg)
FDAM jangan lupa matlamat asal persatuan
Matlamat penubuhan FDAM ialah untuk menjadi pencetus dan pendokong gagasan Filem Nasional Malaysia.
![COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589359528_TBIsmailSabriYaako.jpg)
COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran
Kerajaan masih belum memutuskan sebarang keputusan bagi industri perfileman untuk menjalankan aktiviti penggambaran kerana bimbang faktor penjarakan sosial sukar dipatuhi.