KUALA LUMPUR: Sebuah karya sinematik berbahasa Dusun, 'Sinakagon' kini bersedia menemui peminat filem tempatan di 30 pawagam di seluruh negara bermula 13 Jun ini.
Menggabungkan elemen drama, misteri dan seram, 'Sinakagon' yang bermaksud 'keturunan' dalam bahasa Dusun, bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
"Sinakagon' diinspirasi daripada legenda Huminodun, mengisahkan tentang seorang gadis yang menyerahkan diri untuk dikorbankan demi menyelamatkan kaumnya daripada bencana kemarau yang menyebabkan kebuluran di kampung mereka.
Filem sulung arahan Timothy Stephen dan terbilan pertama Bamboo Sound Studio itu dibintangi anak jati Sabah, antaranya Fiona Josepher, Ejin Dinting, Lisa Christy, Esthaer Zaino dan Ron Langad.
Menurut Timothy, beliau ingin meraikan kepelbagaian budaya melalui 'Sinakagon' dan berharap kisah legenda rakyat yang dikaitkan dengan pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun sempena perayaan Tadau Kaamatan itu boleh diterima peminat filem di negara ini.
Bercakap kepada Bernama, Timothy mengakui melalui cabaran yang bukan sedikit untuk menyiapkan filem itu terutamanya daripada segi kos dan pemilihan pelakon.
"Cabaran utama adalah kos (pembikinan filem). Kami terima dana RM200,000 daripadaPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tetapi kos sebenar pembikinan filem ini lebih besar," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV.
Selain itu, pemilihan pelakon yang rata-ratanya masih baharu turut menjadi cabaran kerana mereka harus memenuhi kriteria boleh berbahasa Dusun.
"Susah nak cari pelakon...pelakon-pelakon ini boleh berbahasa dusun tetapi terdapat beberapa pelakon yang tidak fasih dan pertama kali berlakon, latihan diadakan bagi memantapkan filem ini," katanya yang turut ditemani pembantu pengarah, Terrence Blantocas.
Selain menjadi pengarah, Timothy juga adalah penulis skrip, pengarah fotografi, penerbit dan juga pemasaran, manakala Terence pula bertanggungjawab sebagai penerbit, pembantu pengarah dan pengarah audio.
Menurut beliau lagi, penggambaran filem 'Sinakagon' yang dimulakan pada 15 Mei 2021, melibatkan beberapa lokasi di sekitar Keningau, Tambunan dan Kota Kinabalu, Sabah.
Filem itu mengambil masa setahun untuk disiapkan akibat tergendala beberapa kali susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, 'Sinakagon' yang turut berjudul 'Bloodline' untuk audien internasional dianugerahkan Award Winner Best First Time Director (Feature) Milan Independent Awards, Finalist Prisma Rome Independent Film Awards dan Official Selection Barcelona Indie Filmmakers Fest (BARCIFF), merangkul tempat lima teratas daripada 100 filem terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
![Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715915048_TimothyStephen.jpg)
Stephen (kiri) dan Penolong Pengarah Filem Sinakagon, Terence Blantocas ditemu bual Bernama TV di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 16 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
![Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738331098_onfire.jpg)
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
![Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737454445_HabibrezaArzani.jpg)
Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem
Sekumpulan pembikin filem Iran akan melawat Malaysia bulan depan sempena Festival Filem Iran untuk meneroka dan membincangkan peluang kerjasama.
![Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735997721_TBSOLOZ.jpg)
Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton
Filem Soloz: Game of Life yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria, menjanjikan pengalaman segar dan berbeza buat penonton.
![Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732764602_tbFilemTegkangbe.jpg)
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
![Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97 Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702527209_abangadik.jpg)
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
![Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724407066_Takluklahaddatu.jpg)
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
![Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653832595_AfdlinShauki.jpg)
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
![Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590654201_ermafatima.jpg)
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
![Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719997761_TBJakarta.jpg)
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
![Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715915048_TimothyStephen.jpg)
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.