LOS ANGELES: Lebih banyak filem blockbuster, seram dan sekuel akan meluncur di pawagam untuk tahun 2023. Alasan ini akan menguatkan lagi kenapa anda perlu keluar menonton ke pawagam tahun ini.
Kekuatan adiwira Marvel, genre komedi yang menggelikan hati, watak seram dalam M3gan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) Android bakal menaikkan lagi ‘selera’ pilihan filem Hollywood yang siap sedia ditayang.
Bukan itu sahaja, filem Top Gun: Maverick yang menampilkan Tom Cruise sebagai bintang utama, filem penuh aksi ini dilihat mampu menyelamatkan industri perfileman Hollywood dan pemilik panggung wayang di seluruh dunia.
Begitu juga dengan filem Mission: Impossible lakonan Tom Cruise yang juga bakal ditayangkan pada tahun ini, pastinya anda sudah tidak sabar untuk mendapatkan tiket dan menonton bersama yang tersayang.
Berikut merupakan beberapa buah filem yang paling dinantikan pada tahun 2023!
M3gan
Pembuat mainan berbakat Gemma (Alison Williams) mencipta anak patung menyerupai manusia bernama M3gan. M3gan membawa maksud Model Three Generative Android yang berperanan melindungi anak saudaranya, Cady yang masih bersedih akibat kecederaan emosi dan fizikal. M3gan ternyata memandang serius dengan tugas diberikan malah banyak kematian berlaku selepas M3gan muncul dalam keluarga Gemma.
Shotgun Wedding
Hasrat Darcy dan Tom (lakonan Jennifer Lopez dan Josh Duhamel) untuk mengadakan resepsi perkahwinan di sebuah pulau indah mendapat sokongan ahli keluarga. Namun kejadian tidak diingini berlaku selepas sekumpulan lanun datang menyerang kepulauan itu. Nyawa tetamu dalam bahaya, membuatkan Darcy dan Tom menganggap itu menjadi tanggungjawab mereka. Dapatkah pasangan ini meneruskan majlis perkahwinan impian mereka?
Knock at the Cabin
Filem berdasarkan novel The Cabin at the End of the World yang merupakan arahan M. Night Shyamalan mengambil lokasi di sebuah kabin yang terletak di dalam hutan. Lakonan Jonathan Groff dan Ben Aldridge yang membawa anak perempuan mereka bercuti berakhir dengan tragedi tidak disangka. Sekumpulan individu yang mendakwa mereka dihantar ke kabin untuk menyelamatkan dunia. Mereka kemudian meminta salah seorang dari mereka membuat pengorbanan muktamad.
80 For Brady
Empat sahabat lakonan Jane Fonda, Lily Tomlin, Rita Moreno dan Sally Field menuju ke perlawanan bola sepak Amerika, Super Bowl LI 2017 di Houston untuk menonton pemain bola, Tom Brady dari pasukan New England Patriots. Meskipun sudah berusia, pelbagai aksi lucu dan menghiburkan daripada kumpulan ‘super senior’ ini.
Ant-Man and The Wasp: Quantumania
Scott Long dan Hope Va Dyne, bersama-sama Hank Pym dan Janet Van Dyne, meneroka alam kuantum, di mana mereka berinteraksi dengan makhluk aneh dan memulakan pengembaraan yang tidak terjangkau dek akal fikiran.
Cocaine Bear
Sesuai dengan tajuknya yang mengetengahkan beruang hitam gelap, filem komedi ‘gelap’ yang diangkat dari kisah benar ini diarahkan oleh Elizabeth Banks mengenai seekor beruang yang menelan terlalu banyak kokain sehingga hilang kewarasan. Terdapat pelbagai momen lucu lakonan Keri Russell, O'Shea Jackson Jr, dan mendiang Ray Liotta.
Creed III
Kehidupan Adonis Creed lakonan Michael B. Jordan berkembang naik sama ada dalam kerjaya dan kehidupan keluarga. Namun apabila rakan zaman kanak-kanak dan bekas pemain tinju hebat, Damian (Jonathan Majors) muncul semula selepas menjalani hukuman penjara panjang. Damian tidak sabar membuktikan kehebatannya di gelanggang tinju bersama Adonis yang dilihat sebagai pesaing dan ‘perlawanan’ yang melibatkan dendam lama.
Shazam! Fury of the Gods
Apabila Billy Batson (Asher Angel) bersama anggota lain bertukar menjadi wira-wira dengan menyebut "Shazam!", mereka terpaksa beraksi semula melawan Daughters of Atlas dan menghalang mereka daripada menggunakan senjata yang boleh memusnahkan dunia di mana mereka mesti mengembara dengan penuh kedamaian memandangkan Billy mengambil mudah dengan kuasa yang ada.
The Mother
Semasa melarikan diri daripada penyerang berbahaya, seorang bekas pembunuh upahan keluar dari persembunyian untuk melindungi anak perempuan yang ditinggalkannya sebelum ini. Filem arahan Niki Caro ini dibintangi oleh pelakon jelita Jennifer Lopez dan Joseph Fiennes.
Mission: Impossible – Dead Reckoning, Part One
Seperti filem Mission: Impossible terdahulu, filem penuh aksi yang membuatkan anda tidak senang duduk bila menontonnya menampilkan Tom Cruise dengan aksi lebih berbahaya. Filem ini turut menampilkan Eugene Kittridge (Henry Czerny), bekas pengarah IMF untuk Mission: Impossible 1996, yang kembali untuk menentang Ethan Hunt (Cruise). Ia seolah memberi ‘signal’ bahawa masa lalu sedang mengejar Ethan dengan cara yang tidak pernah dia bayangkan.
Transformers: Rise of the Beasts
Optimus Prime, Bumblebee, dan seluruh Autobots kembali dalam francais filem blockbuster arahan keluaran Michael Bay. Masih mengetengahkan genre aksi/ sains fiksyen, Transformers melancarkan pertempuran epik di bandar raya New York.
Faida Rahim
Sun Jan 01 2023

Berikut merupakan beberapa buah filem yang paling dinantikan untuk tahun 2023. - IMDB

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Filem 28 Years Later dirakam sepenuhnya dengan iPhone 15 Pro Max
iPhone digunakan dengan aksesori profesional dan menyokong rakaman Log 4K ProRes 60FPS.

Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.

Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.

Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame
Bintang berusia 43 tahun itu pernah melalui fasa kejatuhan dalam dunia hiburan.

Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.

Putus cinta Ogos lalu, pelawak Pete Davidson sudah temui pengganti
Pelakon dan pelawak, Pete Davidson dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita Amerika Syarikat, Madelyn Cline ketika ini.

Hugh Jackman, isteri umum berpisah
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, mereka memaklumkan bahawa keputusan tersebut dicapai dengan persetujuan bersama.

Zendaya dedah punca 'simpan' cerita cinta dengan Tom Holland
Zendaya cuba untuk mengekalkan seberapa sebanyak hal berkaitan peribadi di luar pengetahuan umum.

Pelakon, penulis Hollywood sertai mogok pekerjaan
Setakat ini, 65,000 ahli kesatuan pelakon secara rasmi telah menyertai mogok tersebut.

Aaron teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth
Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.