KUALA LUMPUR: Filem seram 'Don't Look at the Demon', sebagai filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara sekali gus membuka jalan untuk kejayaan dalam produksi tempatan masa depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Menaraf filem itu sembilan daripada 10, katanya, filem tersebut, yang diterajui oleh pengarah dan penerbit filem tempatan, Brando Lee, memberi peluang kepada penonton antarabangsa untuk mempelajari dan memahami budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.
"Sekarang kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy, dan banyak lagi dalam masa terdekat," katanya selepas tayangan perdana filem itu di Pawagam DADI, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.
Selain Lee, tayangan perdana tersebut turut dihadiri pelakon, Malin Crepin, kelahiran Sweden. yang membawakan watak 'Martha' dan pelakon tempatan Hafidzuddin Fazil memegang watak sebagai pelayan bar.
'Don't Look at the Demon', dengan bajet pembikinan hampir RM9 juta akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Okt ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara.
Berdasarkan kisah sebenar, filem tersebut mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang telah mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

'Don't Look at the Demon', dengan bajet pembikinan hampir RM9 juta akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Okt ini. - Foto Don't Look at the Demon
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

‘Qodrat 2’ bakal merasuk pawagam tahun hadapan
Selain Vino G. Bastian, Qodrat 2 yang membawakan kisah lebih mendalam dan gelap ini turut dijayakan oleh Acha Septriasa, Della Dartyan, dan Dony Alamsyah.

Penggiat seni dan industri digesa semak garis panduan sebelum terbit karya
Langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat apabila sesuatu karya dipertonton kepada umum.

Filem Pulau catat sejarah di Kemboja
Filem Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu.

Aksi ganas atau sebab politik? Tayangan filem seram 'Winnie the Pooh' di Hong Kong dibatalkan
Lembaga penapis kandungan di China sebelum ini sudahpun mula sensitif terhadap watak utama filem itu.

Filem seram tempatan 'Don't Look at the Demon' berjaya masuk pasaran Amerika Utara
Filem itu memberi peluang kepada penonton antarabangsa mempelajari budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.

Dain Said kembali dengan karya baharu Harum Malam
Harum Malam yang juga sebuah filem seram akan mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2023.

Filem Pengabdi Setan 2: Communion, lebih seram dan bermutu - Zahidi
Zahidi berkata, pelakon telah memberikan prestasi yang membanggakan apabila menjadikan filem itu lebih menyeramkan.

Rumah asal 'Scream' disenarai dalam Air BnB sempena ulang tahun ke-25
Pengunjung yang sanggup bermalam di rumah itu akan disambut oleh Arquette secara maya.

Rumah yang menjadi inspirasi filem 'The Conjuring' dijual pada harga AS$1.2 juta
Filem The Conjuring dihasilkan berdasarkan pengalaman keluarga Perron yang pernah mendiami rumah berkenaan pada tahun 1970-an.

Upah AS$1,300 untuk tonton 13 filem paling seram
Syarikat kewangan akan membayar seorang individu AS$1,300 untuk menonton 13 filem seram sepanjang bulan Oktober.