BAND dari Indonesia, Fourtwnty bakal singgah ke Malaysia sekali lagi menerusi konsert MyAcasa pada tahun ini.
Konsert yang akan diadakan pada 9 November depan di Megastar Arena, Kuala Lumpur itu bertujuan untuk mengubat kerinduan peminat yang ingin menyaksikan band indie tersebut secara langsung.
MyAcasa
Kali ini, Fourtwnty yang dianggotai oleh Ari Lesmana, Andika Dwi Putra, Agung Gunarsa, Primanda Ridho, Ryan Maulana dan Asep Nurohman itu akan membawakan tema istimewa iaitu MyAcasa.
Tema tersebut menggabungkan ‘My’ daripada perkataan bahasa Inggeris, yang bermaksud ‘milik’. Dalam konteks ini, ‘My’ secara simbolik mewakili ‘Malaysia’ yang mengundang kehangatan dan keserasian dengan harapan untuk merapatkan hubungan negara kedua-dua negara seperti sebuah keluarga.
Sementara itu, Acasa, yang bermaksud ‘rumah’ dalam bahasa Romania, adalah tempat keselesaan, kehangatan, dan kedamaian. Menerusi pemilihan tema ini, Fourtwnty ingin membangkitkan perasaan tersebut semasa konsert.
"Semua akan merasa seperti di rumah sendiri, kerana Malaysia adalah rumah kedua mereka. Konsert ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan penonton, penganjur, dan seluruh pasukan serta kru yang terlibat.
“Pada dasarnya, ‘MyAcasa’ membawa makna kerinduan bersama antara Fourtwnty dan peminat kami, sebuah pertemuan semula selepas perpisahan yang lama. ‘MyAcasa’ melambangkan keselesaan bersama, kehangatan keluarga, dan perasaan pulang ke rumah.
“Kita akan menikmati konsert ini dalam suasana kekeluargaan, dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga, dan orang-orang tersayang,” kata Ari Lesmana, vokalis Fourtwnty.
Kali ini, Fourtwnty akan bekerjasama dengan Nusantaiment untuk menghadiahkan pengalaman konsert eksklusif yang unik dan ismewa. Selain itu, mereka juga bekerjasama dengan penganjur Malaysia, Omni Mediaworks Sdn Bhd untuk kolaborasi tersebut.
Syai Nick, pengasas Nusantaiment, mendedahkan bahawa antara sebab mereka menjemput Fourtwnty untuk mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2024 adalah disebabkan hubungan rapat yang terjalin selama ini, yang membuatnya yakin untuk menyampaikan persembahan yang ikhlas dan berkesan untuk peminat Fourtwnty bukan sahaja di Indonesia.
“Dengan tema ‘MyAcasa,’ Nusantaiment juga ingin menekankan bahawa Malaysia adalah ‘rumah kedua’ bagi Fourtwnty. Ini mempunyai makna yang besar untuk band dan peminat Malaysia mereka kerana ia melambangkan hubungan ismewa yang mereka miliki. Walau bagaimanapun, Indonesia, Singapura, dan Brunei, dak terkecuali dan ini sebagai bukti keupayaan kami untuk menyatukan komuniti yang pelbagai melalui muzik Fourtwnty,” kata Syai Nick.
Sebagai penganjur acara yang terkenal dengan konsep konsert yang unik dan bersejarah, Nusantaiment juga akan mencipta kolaborasi ismewa dalam konsert ‘MyAcasa’ dimana Fourtwnty akan berkongsi pentas dengan Charita Utami, pasangan duet Ari Lesmana dalam lagu ‘Mangu,’ buat kali pertama di Kuala Lumpur.
Selain itu, penyanyi Malaysia Zee Avi, yang terkenal dengan lagu ‘Kantoi,’ juga akan turut serta dalam konsert ini.
“Kami berusaha untuk sentiasa mencipta persembahan terbaik melalui kolaborasi yang tidak pernah dipersembahkan oleh penganjur lain di mana ia meninggalkan memori terbaik yang tidak dapat dilupakan oleh peminat. Itulah juga yang kami harapkan untuk dicapai dalam konsert Fourtwnty nanti.”
Tambah Syai Nick lagi, konsert yang dianjurkan bersama Omni Mediaworks ini juga merupakan gabungan istimewa diplomasi antara tiga negara iaitu Singapura, Malaysia, dan Indonesia dan secara dak langsung konsert ‘MyAcasa’ bukan sahaja akan membawa sesuatu yang istimewa kepada peminat tetapi juga berpotensi memberi manfaat kepada kerajaan yang terlibat, mempromosikan pertukaran budaya dan memperkukuhkan hubungan diplomasi.
*Artikel disiarkan di Gempak
Harga ket bermula dari RM 148 hingga RM 298 dengan pelbagai kategori yang boleh didapa secara dalam talian mulai 28 Jun 2024 di plaorm rasmi www.cketempire.com, Fourtwnty akan memukau penonton dan mengukuhkan reputasi mereka sebagai salah satu band yang paling disayangi di Asia Tenggara melalui karya-karya mereka yang unik dan persembahan yang menyentuh hati.
“Secara keseluruhannya, pendekatan unik Fourtwnty terhadap muzik dan komitmen mereka kepada peminat menjadikan mereka aset berharga dalam mempromosikan perpaduan dan kerjasama merentas sempadan,” katanya mengakhiri ucapan.
Gempak
Thu Jun 27 2024

Fourtwnty yang dianggotai oleh Ari Lesmana, Andika Dwi Putra, Agung Gunarsa, Primanda Ridho, Ryan Maulana dan Asep Nurohman itu akan membawakan tema istimewa iaitu MyAcasa. - Gempak

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 11 Mac 2025
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 11 Mac 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi ini.
Ai Revolution: Will Malaysia’s workforce sink or swim?
As AI reshapes industries, Malaysia faces the challenge of ensuring its workforce remains competitive and adaptable. While reskilling programs and certifications like those under MBOT aim to bridge skill gaps, their true impact on employability remains uncertain. With AI advancing rapidly, how can Malaysia future-proof its workforce and prevent recurring cycles of reskilling?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 11 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Fourtwnty kembali ke Malaysia November depan menerusi konsert MyAcasa
Band dari Indonesia, Fourtwnty bakal singgah ke Malaysia sekali lagi menerusi konsert MyAcasa pada tahun ini.