BINTANG Gegar Vaganza 11 (GV11), Fairuz Selamat boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan sewaktu segmen “Ada Lagu Ada Lagi” pada minggu kesembilan.


Ringkasan AI
  • Fairuz Selamat terselamat dari penyingkiran pada minggu kesembilan Gegar Vaganza 11 (GV11).
  • Ning Baizura menduduki tangga pertama dengan persembahan terbaiknya.
  • Tema minggu suku akhir adalah 'RockDut', di mana peserta menyanyikan lagu rock dan dangdut secara medley.


Manakala, Ning Baizura terus memecut ke tangga pertama apabila berjaya memberikan persembahan terbaik menerusi lagu First Love nyanyian asal Hiraku Utada dan juga Tak Mungkin Kerana Sayang duet bersama Zehra Zambri.

Bagi memberi cabaran buat bintang GV pada minggu suku akhir ini mereka dicabar dengan tema ‘RockDut’ di mana peserta harus menyanyikan lagu bergenre rock dan dangdut secara medley.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh lapan peserta GV11 pada minggu kesembilan:

1. Senggol Senggolan Cubit Cubitan / Tiada Lagi - Ning Baizura
2. Ikan dalam kolam / Usang - Liza Aziz
3. Selamat Jalan Romeo / Peronda Jaket Biru - Zehra Zambri
4. Naluri Lelaki / Seperti Mati Lampu - The Lima
5. Gali lobang tutup lobang / Rela ku pujuk - Dadali Dyrga
6. Ah! Rindu Lagi / Babak Pertama - Sheila Abdull
7. Wulan/ Cinta Dewa Dewi - Ronnie Hussien
8. Yang Penting Hepi / Hang Pi Mana - Fairuz Selamat

Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.​ -Gempak