TANAH mana lagi yang belum Wings terokai dengan muzik dan jiwa mereka. Sudah sepelosok tempat, daerah dan perjalanan Wings bawakan lagu-lagu serta kecintaan mereka terhadap dunia seni.
Sudah banyak tanah dan udara ikut mendengar sekali lagu-lagu hit mereka yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Namun, untuk penambahan portfolio, sebuah konsert lagi bakal tertanda dalam senarai lokasi konsert-konsert Wings dan ini bakal menyaksikan sebuah persembahan yang berbeza dan ‘enhanced’ dari Wings.
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
Dibawakan dalam rangkaian senarai Fabulous Friday yang dianjur Shiraz Projects Sdn Bhd, Wings bakal bertemu para peminat pada 15 Julai 2022, Jumaat pada jam 8.30 malam.
Fabulous Friday merupakan sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh pihak Shiraz di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur, dan Wings merupakan artis buka panggung acara ini yang dijadualkan bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.
Buat Shiraz yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, kerjasama dengan Wings di sebuah lokasi yang berprestij dan dikenali dengan sistem bunyi yang sedap merupakan impian pihaknya.
"Kita semua sudah sedia maklum bahawa Wings sudah menjelajah serata tempat dengan lagu-lagu serta persembahan mereka yang senantiasa ditunggu-tunggu para peminat.
"Adalah satu penghormatan dan keterujaan buat kami untuk berkolaborasi bersama kumpulan legenda ini untuk memberikan sebuah persembahan dengan aura dan konsep yang berbeza di DFP.
"Pastinya para peminat tidak sabar menantikan Wings dalam suasana ruang DFP yang kita tahu memberikan ketenangan dan ambience yang berbeza.
"Wings pastinya menghangatkan ruang DFP!" ujar Shiraz.
Faktor pemilihan lagu-lagu akan menjadi sebuah momen yang mencabar untuk menjadikan senarai dalam persembahan DFP dan pastinya Wings akan tampil dengan sebuah persembahan yang bakal menjadi kenangan bersejarah lagi buat para peminat Wings khususnya.
Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk melaksanakan konsert di kala industri baru beransur pulih dari pandemik COVID-19.
Tiket-tiket berharga RM650 (Meet and Greet), RM375 (Diamond) dan RM250 (platinum) boleh diperolehi mulai 16 Jun 2022 di www.dfp.com.my
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Wed Jun 15 2022

Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP). - Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.

Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.

Saya sedia untuk kembali beraksi! - Jojet idam keluar dari 'persaraan', buat 'come back'
Jika diberi peluang, dia sudah bersedia untuk keluar dari 'persaraannya' dan kembali beraksi melantunkan ketukan dram yang dirindukan kebanyakan peminat tegar muzik rock tanah air.

Wings janji The Rock Emperor Penang Chapter lebih hebat dan gempak!
Selepas 37 tahun berlalu, Awie dan Wings kembali beraksi di Pulau Mutiara pada 24 Februari ini.

'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.

Search, Wings, Butterfingers gegar Nusa Fest 8 & 9 Julai ini
Ia menjadi tanda aras festival yang menyatukan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal dilangsungkan buat pertama kali.

Konsert Naga Kramat bukti Wings kumpulan rock terunggul
Konsert yang diberi nama Naga Kramat itu jadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2022, Sabtu, jam 8 malam.

Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama
Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas.

Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.

'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.