KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-10 tahun program realiti Gegar Vaganza, Astro buat julung kali menghadiahkan buah tangan khas iaitu GV Roadshow 2023 yang bakal singgah di empat lokasi, bermula 12 Ogos ini.
Lokasi tersebut ialah Kuantan, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan satu lokasi di utara Malaysia, khas buat peminat Gegar Vaganza yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang sembilan tahun bersiaran.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, jelajah ini juga sebagai merealisasikan impian Astro dalam usaha merapatkan hubungan antara peminat dan penyanyi tersohor tanah air.
"Sejak Gegar Vaganza diterbitkan pada 2014, ini pertama kali kita bawakan alumni GV mendekati penonton.
"Ini sebagai tanda terima kasih kerana menyokong GV selama ini di samping untuk mendekatkan bintang-bintang GV dengan peminat yang tidak pernah berkesempatan bersua muka dan menyaksikan GV secara langsung," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman khas Gegar Vaganza, di sini, semalam.
GV Roadshow 2023 akan bermula di Tasek KotaSAS Kuantan pada 12 Ogos, diikuti di Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26 Ogos. Tarikh dan lokasi di Kuala Lumpur dan di utara pula akan diumumkan tidak lama lagi.
Pentas GV Roadshow 2023 akan dimeriahkan oleh alumni Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi.
Selain itu, konsert showcase Jamming with the Stars akan menemui peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos, jam 9 malam.
Showcase secara langsung ini akan diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur dan boleh juga distrim secara langsung di platform digital Gempak.
Ia akan dibarisi bintang Gegar Vaganza dari musim pertama hingga sembilan antaranya Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.
Sementara itu, pengumuman barisan artis, juri dan hos GV10 akan diadakan 29 Ogos depan.
Sesuai dengan usia 10 tahun, Norzeha menjanjikan kelainan dalam Gegar Vaganza musim ini yang dijangka bermula Oktober depan.
"Satu perkara yang saya boleh katakan, kombinasi musim kali ini sangat luar biasa," tambahnya.
Madiha Abdullah
Thu Aug 10 2023

Norzeha bersama para penaja dalam majlis pengumuman khas Gegar Vaganza di Kuala Lumpur semalam. - Foto ASTRO

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

GV Roadshow 2023 rai ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza
Jelajah ini juga sebagai merealisasikan impian Astro dalam usaha merapatkan hubungan antara peminat dan penyanyi tersohor tanah air.