KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hael Husaini mengakui tidak percaya akan diberi peluang untuk berada di atas pentas yang sama dengan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa untuk Konsert Rossa 25 Shining Years.
Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 34, menyatakan bahawa dia sendiri terkejut apabila mendapat jemputan daripada pihak penganjur untuk menyanyi bersama Rossa.
“Ini adalah satu penghargaan dan saya rasa begitu bangga untuk menjadi salah seorang wakil Malaysia untuk bersama dengan Datuk Seri Rossa.
“Bila saya dapat jemputan ini, saya masih tidak percaya sebenarnya namun saya nak ucapkan terima kasih kepada penganjur kerana mempertimbangkan nama saya untuk berada di konsert ini,” katanya semasa sidang media Konsert Rossa 25 Shining Years baru-baru ini.
Selain Hael Husaini, antara penyanyi yang pernah bersama dengan Rossa di atas pentas yang sama adalah Joe Flizzow, Datuk Jamal Abdillah dan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2012.
Selain penyanyi lagu Jampi itu, peminat juga akan dihiburkan dengan kehadiran Judika sebagai penyanyi undangan.
Pada masa sama, Hael turut menyatakan bahawa mereka belum lagi menentukan jumlah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert tersebut namun mereka akan berjumpa dan berbincang untuk menentukannya kelak.
“Kami masih belum menentukan berapa buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert tersebut tapi saya akan berjumpa dengan Datuk Rossa dan berbincang.
“Apa-apa pun saya berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua yang hadir pada malam tersebut,” ujarnya kepada media.
BACA: Harga tiket konsert mahal, Rossa minta maaf kepada peminat di Malaysia
Rossa dijangka menghiburkan peminatnya dengan 27 buah lagu popular termasuk beberapa lagu yang tidak pernah didendangkan di konsertnya di Jakarta, Indonesia.
Konsert ini juga akan mendapat sentuhan empat pengarah muzik iaitu Dandy Lashido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto.
Konsert Rossa 25 Shining Years akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 November ini.
Asyraf Roslan
Sun Oct 09 2022

Selain pelantun lagu Jampi itu, peminat juga akan dihiburkan dengan kehadiran Judika sebagai penyanyi undangan. - Foto Astro AWANI/Asyraf Roslan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

‘Diam’ nyanyian Hael Husaini menang anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024
Lagu Diam nyanyian penyanyi, Hael Husaini berjaya merangkul anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024.

Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang
Majlis bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2024 dan 2025.

Guna perkataan 'celaka' dalam lirik lagu, Hael minta dengar dari sudut positif
Antonim (Part I) mendapat sentuhan barisan komposer ternama seperti Omar K, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Ezra Kong.

Hael Husaini umum peluncuran album sulung, ANTONIM (PART I)
Hael berkata, pembikinan ANTONIM (PART I) bermula sejak tiga tahun lalu, dengan penghasilan sebanyak 20 buah demo pada peringkat awal.

Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.

Hael Husaini kini jadi pelakon!
Hael kini bergelar pelakon selepas 17 tahun berportfolio sebagai penyanyi dan komposer.

Dikatakan mirip Michael Jackson, netizen mahu Hael Husaini yang lama
Lain benar wajah Hael Husaini hari ini, dakwa netizen.

Beli tiket konsert Rossa tapi...
Peminat tak senang duduk dengan kemunculan Cakra Khan dan Datuk Amy Search yang hadir di konsert Rossa 25 Shining Years.

Hael Husaini teruja bergabung dengan Rossa di Konsert Rossa 25 Shining Years
Hael menyatakan bahawa dia sendiri terkejut apabila mendapat jemputan daripada pihak penganjur untuk menyanyi bersama Rossa.

Harga tiket konsert mahal, Rossa minta maaf kepada peminat di Malaysia
Harga tiket konsert mahal berikutan hasil jualan akan disalurkan kepada pelajar universiti dari keluarga berpendapatan rendah.