KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa memohon maaf kepada semua peminat Malaysia susulan harga tiket jualan Konsert Rossa 25 Shining Years agak mahal untuk segelintir pihak.
Kata pelantun lagu Pudar dan Ayat-Ayat Cinta ini, harga tiket konsertnya itu agak mahal berikutan hasil jualan akan disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari keluarga yang berpendapatan rendah.
“Saya betul-betul minta maaf jika tiket untuk menonton konsert saya ini mahal, sebab kami tahu ke mana ia akan disalurkan. Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan diberikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian.
“Kalau di Malaysia, kita tidak mahu hanya sekadar menganjurkan konsert, sebaliknya turut memberikan sesuatu kepada masyarakat. Ini merupakan satu kerja amal yang sudah lama kami laksanakan iaitu sudah lebih 10 tahun,” kata Rossa dalam sidang media Konsert Rossa 25 Shining Years, di sini, pada Rabu.
Konsert Rossa 25 Shining Years akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 November ini.
Mengulas lanjut, Rossa turut mengumumkan, 80 peratus tiket jualan konsertnya itu telah habis dijual.
“Alhamdulillah, ini merupakan antara usaha bersama Yayasan Prihatin Nasional dalam membantu para pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.
Sementara itu, Rossa turut berkongsi mengenai perjalanan Konsert Rossa 25 Shining Years tersebut yang akan terdiri daripada empat segmen antaranya lagu-lagu berentak electronic dance music (EDM) dan balada.
Penghibur itu juga akan bergandingan bersama rakan seperjuangannya dari Indonesia, Judika serta penyanyi terkenal tanah air, Hael Husaini.
Pada malam konsert eksklusif itu juga, Rossa dijangka menghiburkan peminatnya dengan 27 buah lagu popular termasuk beberapa lagu yang tidak pernah didendangkan di Jakarta, Indonesia.
Konsert ini juga akan mendapat sentuhan empat pengarah muzik iaitu Dandy Lashido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto.
Asyraf Roslan
Wed Oct 05 2022
Konsert Rossa 25 Shining Years akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 November ini. - Gambar Astro AWANI/ ASYRAF ROSLAN
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Beli tiket konsert Rossa tapi...
Peminat tak senang duduk dengan kemunculan Cakra Khan dan Datuk Amy Search yang hadir di konsert Rossa 25 Shining Years.
Hael Husaini teruja bergabung dengan Rossa di Konsert Rossa 25 Shining Years
Hael menyatakan bahawa dia sendiri terkejut apabila mendapat jemputan daripada pihak penganjur untuk menyanyi bersama Rossa.
Harga tiket konsert mahal, Rossa minta maaf kepada peminat di Malaysia
Harga tiket konsert mahal berikutan hasil jualan akan disalurkan kepada pelajar universiti dari keluarga berpendapatan rendah.
Rossa sebak kongsi pengalaman bersama Almarhum Sultan Ahmad Shah
Kehilangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah bukan sahaja dirasai oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Pahang.