PELBAGAI dugaan dilalui, terbaharu balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan gangguan mistik serta sihir.
Hidayah menerusi video di Instagram memohon bantuan daripada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan Islam untuk mengubati masalah yang dihadapi dia dan anak tunggalnya.
Menurut Hidayah, mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.
“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik dan sihir yang boleh mengubati / merawat masalah yang Dayah serta Hamzah disihir dan ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini.
“Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abang Dayah di talian 0133548178 En. Azmir,” kongsi Hidayah.
Rata-rata netizen mendoakan segala urusan Hidayah sekeluarga dipermudahkan selain turut berkongsi informasi mengenai perubatan Islam.
Untuk rekod, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Selepas kematian Abam, timbul perbalahan antara Hidayah dan adik kepada arwah Abam iaitu pelawak Ali Puteh berkaitan tuntutan faraid.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. - Gempak
Gempak
Mon Apr 03 2023
![Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680494015_Sihir.jpg)
Hidayah memohon bantuan daripada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan Islam untuk mengubati masalah yang dihadapi dia dan anak tunggalnya. - Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708514225_TBHIDAYAHCASH.jpg)
Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh disebabkan faktor keselamatan.
![Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680494015_Sihir.jpg)
Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia
Mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.
![Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676518249_Fad.jpg)
Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam
Susah senang Fad dengan arwah Abam tiada siapa yang tahu...
![Jual ayam bukan sebab... - Ali Puteh mahu tutup buku lama Jual ayam bukan sebab... - Ali Puteh mahu tutup buku lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649217915_TBALIPUTEH.jpg)
"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.
![Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645159790_AliPutehdiperintah.jpg)
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
![Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633075934_meninggaldunia.jpg)
Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
!['Sayang sedih sangat, sebab sepatutnya kita sambut hari raya bersama' - Isteri Abam Bocey 'Sayang sedih sangat, sebab sepatutnya kita sambut hari raya bersama' - Isteri Abam Bocey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590494461_AbamBocik.jpg)
'Sayang sedih sangat, sebab sepatutnya kita sambut hari raya bersama' - Isteri Abam Bocey
Hidayah menambah hanya gambar nikah dia dan pelawak popular itu sahaja yang mampu mengubat rindu terhadap Allahyarham suaminya.
!['Buat Allahyarham suamiku, hari ini genap sebulan Abang meninggalkan kami' - Isteri Abam Bocey 'Buat Allahyarham suamiku, hari ini genap sebulan Abang meninggalkan kami' - Isteri Abam Bocey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583812836_abamboceyisteri.jpg)
'Buat Allahyarham suamiku, hari ini genap sebulan Abang meninggalkan kami' - Isteri Abam Bocey
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia.
!['Abang Achey jangan sedih ...' Murid Darjah 5 utus surat, doakan Abam tenang 'Abang Achey jangan sedih ...' Murid Darjah 5 utus surat, doakan Abam tenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583222402_achey-abam-surat-header.jpg)
'Abang Achey jangan sedih ...' Murid Darjah 5 utus surat, doakan Abam tenang
Hampir sebulan, pemergian Allahyarham Abam Bocey masih dirasai hingga kini. Terbaharu, rakan baik Abam, Achey menerima sepucuk surat dari sekumpulan murid darjah lima menitipkan doa buat arwah.
![Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582989741_mashup.jpg)
Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
Ini rangkuman beberapa topik menarik yang berlaku sepanjang Februari.