KUALA LUMPUR: Kematian adalah satu kepastian!
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.
Industri hiburan tanah menyaksikan kehilangan beberapa nama yang pernah mewarnai dunia seni dengan karya hebat mereka.
Apa yang pasti, bakat dan karya nama-nama ini akan terus terpahat dalam ingatan peminat hiburan tanah air.
Astro AWANI rangkumkan pemergian beberapa selebriti tanah air sepanjang tahun ini. Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami.
* Penyanyi lagu Gadis Semalam, M Sani menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Januari lalu.
* Penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 1980-an menerusi lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan, Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Allahyarhamah meninggal dunia pada 9 Februari akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya yang terletak di Cheras.
* Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada 26 Mac di kediamannya di Negeri Sembilan.
Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser usus.
Allahyarham yang merupakan anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel pernah membintangi Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak dan banyak lagi.
* Penulis lirik tersohor, Rudy Imran Shamsuddin meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.
Allahyarham yang sangat masyhur menerusi lirik Lelaki Teragung dan Di Pintu Syurga itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.
* Penyanyi Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 September lalu.
Allahyarham yang popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti ini pernah berlakon dalam filem antaranya Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila.
Allahyarham Aman Shah pernah mengalami serangan jantung sebelum ini kemudian menerima rawatan di Hospital Melaka pada Oktober 2021.
* Penyanyi Adibah Noor menutup usia pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Allahyarhamah sudah lama menghidap kanser ovari namun dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Bekas peserta program Gegar Vaganza 8 ini dilaporkan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.
* Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman meninggal dunia pada 23 September di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Allahyarham Bob Lokman pernah menghasilkan lirik lagu Isabella termasuk Taman Rashidah Utama (Wings), Rendang Tak Berbuah (Hattan) juga antara karya yang mendapat sentuhan emas Allahyarham Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.
* Selebriti media sosial, Syazlin Zainal meninggal dunia pada 11 November disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.
Pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok dan Dia Yang Ku Jadikan Suami meninggal dunia pada usia 26 tahun dan perkara ini disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Salam takziah buat seluruh ahli-ahli keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah...
Faida Rahim
Sat Dec 24 2022

Industri hiburan tanah menyaksikan kehilangan beberapa nama yang pernah mewarnai dunia seni dengan karya hebat mereka sepanjang tahun 2022.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.

Belasungkawa: Bob Lokman tinggalkan warisan seni yang melekat sehingga kini
Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahyarham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.

Bob Lokman pesan teruskan perusahaan makanan - Anak
Omar Hakim berkata, selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.

Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan
Jenazah penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian sekitar jam 9.30 malam tadi.

Bob Lokman meninggal dunia
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Bob Lokman beransur pulih selepas 17 hari dirawat di hospital
Pada 2020, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat IACD untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah.

Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung
Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.

Berdepan risiko mati mengejut, Bob Lokman tidak putus asa cari penawar
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Tangguh hasrat berdakwah, Bob Lokman masuk hospital semula
Get well soon abang Bob!

Bob Lokman dimasukkan ke hospital sekali lagi
Menurut isteri Bob, Relawati Daud keadaan penulis lirik itu yang menghidapi penyakit buah pinggang bertambah membimbangkan apabila dia menerima kesan alahan selepas mengambil ubat.