KERAP menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Malah, dedah Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, dia juga pernah diancam untuk dicederakan oleh individu tidak dikenali di media sosial.
"Ada sampai ugut nak bunuh ibu bapa saya, jadi buat apa nak layan, selagi ia tidak menjejaskan kehidupan saya. Saya rasa ia pun sekadar cakap-cakap ayam.
"Dia cakap suatu hari nanti kalau jumpa nak bunuh parents saya dan pukul saya. Tapi saya ambil endah tak endah," katanya kepada Gempak.
Tak buat laporan polis
Iman yang ditemui pada majlis Raikan Keputusan SPM anjuran Pusat Tuisyen PTTI baru-baru ini bagaimanapun tidak membuat laporan polis terhadap ancaman itu.
"Saya tak buat sebarang laporan polis, saya rasa itu budak yang komen. Mungkin terlepas cakap atau saja nak menyakitkan hati saya. Jadi, saya tak layan sangat.
"Kalau mengancam keluarga atau keselamatan, mestilah akan buat laporan polis, kalau ia datang daripada budak-budak, tidaklah," katanya.
Pelantun lagu Harum Sundal Malam itu juga akui dirinya merupakan individu yang gemar membaca komen atau kiriman mesej berkaitan dirinya, biarpun ada yang berbaur negatif dan provokatif.
"Saya suka baca komen, DM, posting orang yang seangkatan dengannya yang berkaitan dengan saya. Tapi apabila saya rasa saya tak boleh nak kawal, saya akan berhenti dan cari orang sekeliling saya.
"Saya akan ambil segala komen positif dan negatif untuk dijadikan panduan dan memotivasikan diri saya. Saya fikir, masih ada yang cakna tentang hidup saya dan ingin tegur kesalahan saya. Jadi saya harus bersyukur dan ambil ia secara positif," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Iman bakal melancarkan lagu terbaharunya berjudul Kemboja dan akan menangguhkan seketika pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 01 2024
![Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717216800_imantroye.jpg)
Iman Troye akui dirinya merupakan individu yang gemar membaca komen atau kiriman mesej berkaitan dirinya, biarpun ada yang berbaur negatif dan provokatif. - Foto Gempak
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Fesyen, muzik bergabung di konsert mini XO House X High Cultured Fesyen, muzik bergabung di konsert mini XO House X High Cultured](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737462727_KonsertXOHouseXH.jpg)
Fesyen, muzik bergabung di konsert mini XO House X High Cultured
Konsert mini XO House x High Cultured berlangsung penuh tenaga di Bentley Music Auditorium, dihadiri oleh hampir 1,000 penonton dan peminat yang membanjiri malam yang penuh bertenaga.
![Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717216800_imantroye.jpg)
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
![Belajar dalam talian percuma dan berkesan Belajar dalam talian percuma dan berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635399399_akademikspm.jpg)
Belajar dalam talian percuma dan berkesan
Pelajar Tingkatan Satu hingga Lima boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan boleh belajar secara -live- mengikut jadual yang ditetapkan.
![Iman Troye, Naim Daniel bertunang? Iman Troye, Naim Daniel bertunang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632581336_ImanTroye.jpg)
Iman Troye, Naim Daniel bertunang?
Kalau betul apa salahnya.
![COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k' COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621992502_imantroye.jpg)
COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k'
Iman yang popular dengan lagu "Teman" telah dikecam teruk oleh netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan situasi berkenaan.
![Iman Troye gembira lagu Pejam Celik Hari Raya curi tumpuan pendengar Iman Troye gembira lagu Pejam Celik Hari Raya curi tumpuan pendengar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621150358_iman.jpg)
Iman Troye gembira lagu Pejam Celik Hari Raya curi tumpuan pendengar
belum sampai sebulan diperdengarkan kepada peminat, lagu ciptaan Ezra Kong itu sudah mendapat hampir 7 juta tontonan di laman sosial YouTube.
![PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611631218_TBImanTroye.jpg)
PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat
Penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang PKP untuk berhubung dengan peminat.