KUALA LUMPUR: Tidak sanggup lagi menahan derita akibat jangkitan kuman sehingga menyebabkan ibu jari kaki kanannya reput dan patah, penyanyi veteran Roy tiada pilihan lain selain memohon bantuan masyarakat mengumpul dana bagi membolehkannya menjalani pembedahan segera.
Menurut penyanyi lagu Ratnaku itu, dia dimaklumkan oleh doktor ibu jari kakinya itu perlu segera dipotong berikutan keadaannya sangat kronik dan kritikal.
“Tidak ada ubat atau antibiotik untuk menyembuhkannya sebab kuman bakteria itu berada dalam tulang, bukan di daging. Kalau kuman itu berada di daging, ada antibiotik boleh menyembuhkannya.
“Tidak hanya dipotong di ibu jari, tapi hampir sebelah tapak kaki saya kena potong,” kata Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi dalam hantaran di akaun Facebook peribadinya.
Sehubungan itu, Roy yang berusia 59 tahun terpaksa mencari jalan lain untuk menyelamatkan ibu jari kakinya.
“Saya tak boleh bertahan lagi sebab tak dapat menunggu giliran pembedahan di hospital kerajaan kerana senarai giliran menunggu untuk pembedahan terlalu panjang, bimbang saya tak dapat menyelamatkan kaki saya.
“Jadi saya kena ambil keputusan untuk buat pembedahan segera mungkin di hospital swasta tetapi kosnya agak mahal,” ujar bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam itu lagi.
Kata Roy, kos yang diperlukan untuk menjalani pembedahan itu ialah sebanyak RM20,000 dan mengakui, tiada kemampuan untuk menyediakannya.
“Saya tak mampu untuk membiayainya… saya ada juga cuba mencari ikhtiar terapi alternatif untuk menyelamatkan kaki saya. Kosnya lebih kurang sebanyak itu juga,” jelas Roy.
Oleh yang demikian, Roy memohon jasa baik orang ramai untuk membantunya mengumpul dana bagi menyelamatkan ibu jari kakinya itu.
Sumbangan itu, katanya, boleh disalurkan ke akaun CIMB peribadinya bernombor 7600847289 (Mohammed Rauzan bin Alwi).
“Jasa baik sahabat-sahabat menghulurkan sumbangan bantuan akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya.
“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua. Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat di atas jasa baik sahabat-sahabat semua.
“Saya doakan semoga sahabat-sahabat semua di masukkan ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab. Aamiin ya rabbal alamin,” kata Roy menitipkan doa.
Astro Awani
Mon Apr 01 2024
Penyanyi Roy tiada pilihan lain selain memohon bantuan masyarakat mengumpul dana bagi membolehkannya menjalani pembedahan ibu jari kaki kanannya yang reput dan patah. - Gambar fail Facebook ROY CHOIR UM CITRA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Ibu jari kaki reput dan patah, Roy mohon bantuan RM20,000 untuk pembedahan
Penyanyi Ratnaku itu tidak sanggup lagi untuk menahan sakit, hanya pembedahan segera dapat bantu redakan kesakitannya.