KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Liyana Jasmay kehilangan ibu tercinta, Datin Habsah Simpon pada sekitar pukul 8.30 pagi ini.
Menurut pengurus Liyana, Norhazwani Jamil, Allahyarham Habsah yang berusia 66 tahun meninggal dunia akibat kanser limfoma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, sejak disahkan mengidap barah berkenaan kira-kira dua bulan lalu, Allahyarham sering keluar masuk hospital bagi menerima rawatan.
“Liyana beserta seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham semasa menghembuskan nafas terakhir. Liyana bersama adik beradiknya juga sering bersama ibu mereka dalam waktu-waktu terakhir ini,” kata Norhazwani kepada Astro AWANI ketika dihubung.
Dijangkakan jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.
Jenazah juga akan dibawa ke Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, Hulu Kelang untuk dimandi dan dikafankan.
Astro Awani
Fri May 12 2023

Pelakon terkenal, Liyana Jasmay kehilangan ibu tercinta, Datin Habsah Simpon pada sekitar pukul 8.30 pagi ini akibat kanser limfoma.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia
Datin Habsah Simpon meninggal dunia pada usia 66 tahun akibat kanser limfoma di Hospital Kuala Lumpur.