PENDAKWAH selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas sebagai satu ujian ALLAH buatnya.
Tidak menafikan penat kerana kes berkenaan belum selesai, meskipun sudah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam tahun lalu, Syed berkata, dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Ikutkan memang saya sudah penat, tetapi ini qada qadar, Allah beri ini sebagai ujian buat saya.
“Walaupun berdepan ujian, hidup perlu diteruskan seperti biasa. Doa saya, insya-Allah, kehidupan dan kerjaya saya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Dajal di Wisma MIG pada Rabu.
Lebih bermakna ujar lelaki berusia 29 tahun itu, dia akan menimang cahaya dalam tempoh kurang tiga minggu lagi.
Bagaimanapun setakat ini Syed belum bersedia berkongsi maklumat lanjut termasuk jantina anak sulung hasil perkahwinannya dengan pengacara Hana Ismail.
“Alhamdulillah tak lama lagi saya nak timang cahaya mata, betullah bila nak timang anak, rezeki semakin bertambah.
“Selain itu, saya juga sibuk sebagai ejen pelancongan manakala isteri menjalankan perniagaan berasaskan batu permata,” ujarnya.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan ia tidak lagi kompeten untuk diteruskan.
"Memang saya menarik rayuan itu kerana saya sudah lakukan pembelaan. Pada asalnya, saya mahu membuat rayuan, tetapi prosidingnya pada Julai.
"Jadi, bila saya dah bela diri pada Jun, maka ia (proses rayuan) sudah tidak kompeten. Jadi, saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan menarik balik rayuan itu,” jelasnya.
Tambah Syed, keputusan kes berkenaan dijangka diketahui pada Ogos depan.
"Apa pun, saya sudah melakukan yang terbaik untuk pembelaan saya pada Jun lalu," ujarnya.
Sekadar info, pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 11 2024
!['Ini ujian buat saya' - Da’i Syed 'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720672044_DaiSyed.jpg)
Meskipun sudah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam tahun lalu, Syed berkata, dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.- Foto Sinar Harian
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730867264_aktivispolitikdir.jpg)
Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
SPRM telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
![Berdepan ujian getir, Da'i Syed bersyukur dikurnia isteri sebaik Hana Ismail Berdepan ujian getir, Da'i Syed bersyukur dikurnia isteri sebaik Hana Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730784056_TBSyed.jpg)
Berdepan ujian getir, Da'i Syed bersyukur dikurnia isteri sebaik Hana Ismail
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik.
!['Ini ujian buat saya' - Da’i Syed 'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720672044_DaiSyed.jpg)
'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed
Da'i Syed menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas sebagai satu ujian Allah buatnya.
![Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695892262_AzharIdrus.jpg)
Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
![PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670408262_AzmanSyahAlias.jpg)
PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja
Pendakwah selebriti PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah di Klang atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki.
![Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663512256_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR
PDRM telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, Rabu lepas.
![Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650440506_DaiSyed.jpg)
Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh
Saksi utama adalah seorang penuntut kolej swasta berusia 24 tahun memberi keterangan.
![Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620197518_SyedShahIqmalSyed.jpg)
Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai
Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan rogol.
![Menteri agama ajak pendakwah selebriti bersatu sokong guna vaksin COVID-19 Menteri agama ajak pendakwah selebriti bersatu sokong guna vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604363738_DrZulkifliMohamad.jpg)
Menteri agama ajak pendakwah selebriti bersatu sokong guna vaksin COVID-19
Dr Zulkifli ajak semua pihak bersatu hati dan senada dengan keputusan kerajaan yang meletakkan hukum harus dan wajib dalam pengambilan vaksin COVID-19.
![Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607774111_TBAhmadMarzukShaary.jpg)
Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.