CANNES: Iskandar Malaysia Studios (IMS), destinasi utama untuk produksi perfileman hiburan di Asia Tenggara, mengalu-alukan syarikat produksi asing untuk meningkatkan aktiviti penerbitan filem di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Rashid Karim berkata, dari sudut kapasiti, IMS mempunyai kelengkapan yang baik untuk menjalankan beberapa produksi secara serentak.
"Contohnya, kami pernah mempunyai situasi iaitu mempunyai enam pelanggan di lot pada masa yang sama dan ia adalah pengeluaran yang besar. Jadi ya, kami bersedia untuk meningkatkan aktiviti dan mempunyai banyak kapasiti pada masa ini dan berharap pada masa terdekat kami dapat lebih banyak permintaan.
"Kami juga telah memulakan rancangan awal untuk memperkenalkan lebih banyak kemudahan berbanding set sedia ada tetapi lebih banyak ruang pentas dan bengkel contohnya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Beliau berkata IMS mempunyai tanah yang luas iaitu keseluruhan kawasan studio 20.23 hektar termasuk 2.43 hektar yang telah ditetapkan untuk membina lebih banyak struktur, bangunan dan set untuk pelanggan. Pada masa ini kira-kira 30 bangunan telah pun dibina.
Rashid berkata Malaysia mempunyai potensi luar biasa untuk menjadi destinasi penggambaran kerana negara ini mempunyai semua bahan asas yang menjadikannya menarik bagi syarikat produksi asing.
"Dari sudut kos kita sangat kompetitif, dari sudut insentif, kita antara yang terbaik di dunia, dari sudut bakat juga saya mengatakan kita pastinya mempunyai pangkalan bakat yang semakin berkembang dan sangat berpengalaman dan kru yang berdedikasi.
"Dari sudut lokasi, saya rasa kita mempunyai lokasi yang mengagumkan terutama bagi produksi yang memerlukan elemen tropika atau Asia. Lokasi di Malaysia secara amnya bukan sahaja sesuai tetapi juga suasana yang segar dan unik," tambah beliau.
Mengulas mengenai penyertaan IMS di Marche Du Film 2022 di sini, Rashid berkata beliau gembira dapat kembali semula ke Cannes selepas dua tahun pasaran filem dilakukan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19.
Katanya sangat sukar untuk mendapatkan penglibatan pelanggan sekiranya tidak ada pasaran fizikal.
"Apa yang akan kami lakukan adalah untuk bercakap dan membuat rangkaian sebanyak mungkin dan memperkenalkan semula Malaysia kepada dunia. Saya rasa pandemik ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kesedaran rakyat Malaysia daripada minda penerbit, sebahagiannya mereka tidak berada di sana, tidak ada pasaran fizikal yang besar.
"Tiada produksi besar yang datang ke negara kita beberapa tahun kebelakangan ini kerana pandemik. Saya rasa apa yang perlu kita lakukan ialah memperkenalkan semula idea, menyegarkan imej kita dengan lebih banyak pengeluar," katanya.
Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.
Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Rashid Karim berkata, dari sudut kapasiti, IMS mempunyai kelengkapan yang baik untuk menjalankan beberapa produksi secara serentak. - Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri perlu mencari mekanisme supaya kandungan kreatif negara tidak dilihat sebagai pasaran yang bersifat 'fragmented'.