PENYANYI legenda, Datuk Jamal Abdullah, 63, dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelimanya.
Tidak hanya berkongsi tarikh kelahiran, bahkan bapa kepada empat cahaya mata ini juga sudah punya nama istimewa untuk buah hati kelimanya itu.
Menurut kata Datuk Jamal lagi, isterinya dijangka bersalin pada 28 Februari ini, namun isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu mendapatkan tarikh kelahiran ‘cantik’ itu.
“Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari ini.
“Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang,” katanya berkongsi.
Pilih nama Iskandar Rayyan Yamani
Tidak hanya berkongsi tarikh bahkan Datuk Jamal dan isteri juga sudah punya nama indah buat si comel kesayangan mereka.
Pasangan ini sepakat memilih nama Iskandar Rayyan Yamani buat putera mereka kelak.
Mengulas mengenai pemilihan nama itu, penyanyi yang sentiasa dekat di hati dengan nyanyiannya yang merdu ini juga memilih nama itu kerana sangat unik di mata mereka.
“Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan,” katanya.
Sedia kembali jaga bayi
Walaupun diusianya 63 tahun, namun kata Datuk Jamal lagi dia tidak lokek membantu isterinya menjaga dua anak mereka dan kini kembali bersedia untuk menimang cahaya mata baru.
Semuanya kerana tidak sanggup melihat isteri terbeban menjaga dua anak kecil mereka, Nur Azura Yamani dan El Issac Yamani.
“Memang ‘stress’ hendak kembali menjaga bayi. Tetapi, hendak buat macam mana, kenalah sentiasa saya bersiap sedia.
“Saya fikir, orang rumah saya pun bersusah payah kiri dan kanan menjaga anak. Pembantu rumah kami pun tahun ini sahaja sudah empat orang berhenti kerja.
“Jadi, saya takkan hendak biarkan isteri sendirian menguruskan anak… Saya kenalah bantu,” katanya.
Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.
Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3 tahun dan El Issac Yamani yang kini berusia 1 tahun lebih.
Datuk Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Pa & Ma
Pa and Ma
Fri Feb 11 2022
Jamal dan isteri bakal menimang cahaya mata baharu selepas dikurniakan dua orang anak, Nur Azura Yamani, 3 tahun dan El Issac Yamani yang kini berusia 1 tahun lebih. - Foto Pa&Ma
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Jamal Abdillah menanti kehadiran cahaya mata kelima
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdullah, 63, dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelimanya.