KUALA LUMPUR:Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah meraikan satu lagi saat gembira apabila dikurniakan cahaya mata pada tarikh istimewa hari ini.
Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.
Berkongsi berita gembira itu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali berkata, tiada apa yang mampu dizahirkan beliau selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.
"Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur," kata Jamal kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Kata Jamal, kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani itu tentu sekali pelengkap kebahagiaan beliau dan isteri serta tiga anaknya yang lain.
El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.
Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.
Bagaimanapun, beliau dan Zai Izzati sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.
"Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.
Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.
BACA: Nur Azura Yamani pelengkap perkahwinan Jamal Abdillah dan isteri
Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.
Penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggal buat beliau.
Astro Awani
Wed Nov 11 2020

Jamal Abdillah bersyukur kerana dikurniakan anak keempat, El Issac Yamani. - Gambar ihsan JAMAL ABDILLAH
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.

Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia
Inisiatif konsert itu antara lain sebagai platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.

Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.