KLANG:Kesihatan pelawak veteran, Datuk Jamalai Shadat atau lebih dikenali sebagai Jamali Shadat, 78, yang dilaporkan merosot beberapa hari lalu, kini semakin pulih.
Menurut anaknya, Fauzi Jamalai, 48, sejak tiga hari lalu, ayahnya tidak mahu menjamah sebarang makanan dan hanya berbaring di atas katil.
Malah, Fauzi berkata, dia juga terpaksa memanggil doktor ke rumahnya di Pulau Indah di sini bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas ayahnya itu.
"Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.
"Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih kini dan dia juga sudah ada sedikit selera makan semalam (Ahad)," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di rumahnya pada Isnin.
Sementara itu, Fauzi berkata, sejak pemergian ibunya, Lela Yacob yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, keadaan kesihatan ayahnya itu mula merosot, malah dia juga tidak lagi seceria dahulu.
Selain itu, katanya, Jamali juga seolah-olah seperti hilang semangat dan lebih banyak termenung seorang diri.
"Sejak emak meninggal, ayah tak banyak cakap. Sekitar tahun 2019, pertuturan dia mula tidak jelas seperti biasa," katanya.
Dalam pada itu, Fauzi mamaklumkan bahawa Jamali yang popular dengan karekter ‘Atan’ itu tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit kronik dan hanya menghidap darah tinggi serta kencing manis yang terkawal.
Malah, anak keenam daripada lapan cahaya mata itu berkata, sehingga kini, ayahnya masih melakukan pemeriksaan rutin setiap tiga bulan di sebuah klinik swasta sekitar Pulau Indah.
"Alhamdulillah, sebelum ini, banyak pihak tampil membantu terdiri daripada persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) selepas mereka mengetahui mengenai keadaan ayah," katanya.
Mana-mana pihak yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Fauzi di talian 013-313 5683 atau menerusi akaun 220701117814 (Bank Rakyat) atas nama Jamalai Shadat.
Sinar Harian
Mon Jan 25 2021

amali Shadat menerima kunjungan Exco Pemadam di rumahnya di Pulau Indah, Klang. Jamali pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Klang. - Foto Sinar Harian

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia
Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun, meninggal dunia hari ini.

Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan
Jamali juga seolah-olah seperti hilang semangat dan lebih banyak termenung seorang diri.

Pak Pie selamat dikebumikan
Pelawak dan pelakon veteran Pie atau nama sebenarnya Shaffii Jaafar, 85, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Pelawak veteran Pie meninggal dunia
Pie pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.