Peserta solo program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Rayza Mukmin mengakui tidak kisah jika penonton tidak memahami lawak yang disampaikannya.
Rayza atau Mohd Rizal Fahmi Mukhter berkata, dia tidak mampu untuk memuaskan hati ramai pihak dengan persembahan ‘Stand-up Comedy’ nya.
“Susah sebenarnya apabila menjadi peserta solo lebih-lebih lagi apabila berada di pentas besar seperti MLM 2016. Sangat susah dan paling mencabar apabila melawan perasaan gemuruh.
“Bila gemuruh datang, saya akan lost dan tiada orang yang boleh tolong saya dah masa itu. Perasaan itu akan datang bila saya kurang latihan,” kata Rayza kepada Astro Gempak.
Rayza ketika diminta mengulas lebih lanjut tentang teguran barisan juri yang melabelkan lawaknya terlalu 'deep' sehingga sukar difahami penonton memberitahu masih belum 'mengenali' pentas MLM.
"Saya masih belum kenal pentas MLM 2016 Rayza, walaupun sudah melangkahkan kaki ke minggu separuh akhir.
“MLM 2016 satu pentas yang sangat berbeza dan kalau orang tidak biasa dengan program seperti ini dia pasti tidak mampu untuk pergi jauh. Anda kena cari feel tersendiri untuk dapatkan idea yang menarik setiap minggu.
“Peserta lain dah bertahun-tahun menyertai MLM, jadi mereka dah tahu bagaimana nak berinteraksi dengan penonton dan kamera,” ujarnya.
Selain itu Rayza tidak bersetuju persembahannya dibandingkan dengan Nabil Ahmad.
“Nabil ada banyak pengalaman di pentas MLM. Dia seorang yang sangat spontan dan jauh beza dengan saya. Kalau nak diikutkan saya baru sahaja menceburi bidang komedi dua tahun yang lalu.
“Saya sendiri ada berjumpa dengan Nabil untuk minta nasihat selepas ambil keputusan untuk menyertai MLM 2016,” katanya.
Pentas separuh akhir bertemakan 'Trend Terkini’ dan ‘Pantun’ menyaksikan Rayza diumum sebagai peserta yang tersingkir selepas menerima markah terendah oleh juri profesional dan undian terendah penonton.
Pentas akhir MLM 2016 pada Jumaat hadapan bakal menyaksikan saingan sengit antara Bocey, LOL, Joras dan Puteh merebut gelaran juara.
Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Gempak
Sat Apr 23 2016
Rayza Mukmin (gambar) tidak bersetuju persembahannya dibandingkan dengan Nabil Ahmad.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Keputusan memperkenalkan semula slogan berkenaan adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
'Jangan banding saya dengan Nabil Ahmad' - Rayza Mukmin
Peserta solo program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Rayza Mukmin tidak bersetuju persembahannya dibandingkan dengan Nabil Ahmad.
MLM 2016: Gelaran peserta favourite menakutkan Bocey
Bocey takut apabila ramai penonton rancangan MLM 2016 menyifatkan mereka sebagai peserta kegemaran.
Beri komen pedas, Scha Alyahya tak kisah dikritik peminat MLM 2016
Juri jemputan Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Scha Alyahya mengakui tidak kisah sekiranya dikritik oleh penonto
Teruja jadi juri MLM 2016, Shaheizy Sam tak duduk diam
Pertama kali menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), pelakon Shaheizy Sam begitu teruja sehingga berlari-lari di dalam auditorium.