PELAKON Jalil Hamid mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu.
Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, berkata, dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga memaksanya untuk hanya menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.
“Dalam tempoh setahun ini, berat badan turun banyak iaitu sekitar 30kg sebab bila makan, memang akan keluar semula.
“Jadi, saya hanya boleh makan sesuatu yang cair seperti bubur.
“Penurunan berat badan ini juga membuatkan saya tidak stabil ketika berjalan.
“Saya juga sudah tidak boleh memandu kereta jadi isteri yang bantu hantar ke mana-mana,” katanya kepada Kosmo! Online.
Mengulas lanjut penyakit dihidapi, dia disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun lalu.
“Kini saya pelu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hospital memandangkan doktor mengesyaki saya ada masalah berkaitan jantung.
“Doktor ada minta dimasukkan ke wad tapi saya menolak. Alhamdulillah, saya masih okey dan sudah mampu berjalan berbanding sebelum ini,” ujarnya lagi. - Gempak
Gempak
Sat Dec 02 2023

Jalil Hamid mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu.
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

PM hulur sumbangan kepada seniman veteran Jalil Hamid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan keselamatan kepada seniman veteran, Jalil Hamid yang sedang diuji dengan masalah kesihatan jantung.

Jantung bengkak, Jalil Hamid hilang 30 kilogram
Jalil akan muntah setiap kali selepas makan sehingga memaksanya untuk hanya menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.

Pelakon Jalil Hamid alami masalah jantung
Pelakon veteran itu alami sesak nafas dan dirawat di ICU Hospital Serdang, namun, sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Award, nak buat batu nisan pun tak laku" - Selepas Jalil Hamid giliran Noorkhiriah bersuara
Selepas pelakon veteran Jalil Hamid baru-baru ini menyuarakan keluhannya berhubung nasib pelakon yang dibayar murah, kini giliran Noorkhiriah pula melontarkan pendapat.

"Rasa terhina, sia-sia kumpul 8 anugerah pelakon terbaik dan popular" - Jalil Hamid
Pelakon veteran berbakat besar, Jalil Hamid tampil meluahkan rasa hatinya mengenai sikap sesetengah produksi yang tidak masuk akal.