KUALA LUMPUR: Penyanyi versatil era 1970-an, Jay Jay yang menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro AWANI.
“Saya dimaklumkan isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami acute stroke. Ini menyebabkan bahagian kanan badan termasuk tangan dan kaki tidak boleh bergerak dan angkat seperti biasa.
“Sudah lebih seminggu Jay Jay di IJN. Insya-Allah, Jay Jay akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi minggu ini.
“Ini bagi menjalani proses rawatan terapi fisio kerana bahagian kanan badan Jay Jay masih lemah selepas operasi pembedahan,” katanya ringkas.
Penyanyi berusia 66 tahun itu menjalani pembedahan pintasan jantung kerana masalah jantung tersumbat di IJN pada 23 Mei lalu.
Terdahulu, penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni, Cheb Ali Masrawi berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, yang dirawat di IJN kerana penyakit jantung, di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.
Antara lagu popular Jay Jay adalah Rindu Bayangan dan Joget Angan Tak Sudah.
Faida Rahim
Thu Jun 06 2024

Rozita (tiga, kanan) bersama ahli keluarga dan kenalan Jay Jay melawat penyanyi versatil itu di IJN. -Foto ihsan Rozita Rohaizad

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

“Belum pernah saya jumpa orang sebaik Jay Jay” - Hattan
Keluhuran peribadi Allahyarham Jay Jay wajar menjadi contoh.

“Arwah Jay Jay suami penyayang sepanjang 40 tahun berkahwin” - Isteri
Zaitoon bersyukur kerana dikurniakan Allah seorang suami yang penyayang dan sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Seniman ucap takziah atas pemergian Allahyarham Jay Jay
Seniman menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian penyanyi legenda, Jay Jay yang meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, malam tadi.

Jay Jay selamat jalani pembedahan pintasan jantung, dipindah ke pusat rehabilitasi
Penyanyi versatil era 1970-an, Jay Jay yang menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.

Konsert Akustika 2 DFP: Jay Jay, Fredo, Zainal Abidin buktikan masih menyengat
Penyanyi evergreen Jay Jay, Fredo dan Zainal Abidin membuktikan bahawa persembahan mereka masih lagi berbisa dan ditunggu peminat Malaysia.

Jin,Ryan gandingan baru HitzDotFm Morning Crew
Jin dan Ryan diperkenalkan sebagai gandingan baru segmen 'HitzDotFm Morning Crew' menggantikan Jay Jay dan Ean mulai 14 Januari ini.