Pelakon dan bintang gusti, John Cena meminta maaf kepada peminat di China selepas menggelarkan Taiwan sebagai negara semasa sesi wawancara untuk mempromosikan filem terbarunya "Fast & Furious 9".
Bercakap kepada stesen TVBS Taiwan awal bulan ini, Cena, 44 tahun, berkata Taiwan menjadi "negara" pertama yang menonton filem terbaharu Fast and Furious.
China menganggap Taiwan sebagai salah satu wilayahnya, satu tanggapan yang ditolak oleh negara tersebut.
"Saya melakukan satu kesalahan. Saya sangat menyesalinya," kata Cena dalam bahasa Mandarin menerusi sebuah video yang disiarkan di akaunnya di Weibo.
"Saya menghormati China dan rakyat China," tambahnya.
Cena kini menyertai senarai panjang selebriti antarabangsa yang menimbulkan kemarahan masyarakat China atas komen mereka mengenai Taiwan, Hong Kong atau Xinjiang.
Permintaan maaf Cena bagaimanapun tidak mencukupi bagi netizen di China.
"Tolong gunakan bahasa Mandarin untuk buat pengakuan yang Taiwan adalah sebahagian dari China. Jika tidak, kami tidak akan menerima permintaan maaf itu," itu antara komen yang diterima Cena.
Permintaan maaf itu tidak menerima reaksi yang baik di Amerika Syarikat.
Malah bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo turut memberikan respon sinis.
"Anda sanggup tunduk kepada Parti Komunis China," tulis Pompeo di Twitter.
Hubungan antara Amerika Syarikat dan China terjejas di bawah Pompeo yang bertugas di bawah pimpinan Presiden, Donald Trump.
Kementerian Luar Taiwan enggan mengulas.
Filem tersebut menjadi menerima sambutan hebat sejak ditayangkan di China bermula 21 Mei.
Pada hujung minggu lalu, China menyumbang AS$135 juta dari keseluruhan kutipan AS$162 juta yang diperoleh filem berkenaan.
Agensi
Wed May 26 2021

Cena berkata Taiwan menjadi "negara" pertama yang menonton filem terbaharu Fast and Furious. - REUTERS / Mario Anzuoni
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Chatbot Meta AI bakal dilancar dengan suara selebriti terkenal minggu ini
Antara suara selebriti yang bakal ditawarkan ialah pelakon John Cena, Dame Judi Dench, Awkwafina, Keegan-Michael Key dan Kristen Bell.

John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.

Video YouTuber Malaysia Sofian dapat perhatian bintang Hollywood Ryan Reynolds
Sofyank berkolaborasi Ryan Reynolds untuk sebuah video sebagai promosi untuk filem terbaharu Reynolds, The Adam Project.

John Cena mohon maaf sebut Taiwan sebagai negara
Cena berkata Taiwan menjadi "negara" pertama yang menonton filem terbaharu Fast and Furious.

James Gunn dedahkan barisan pelakon sekuel Suicide Squad
Pengarah filem, James Gunn mendedahkan senarai barisan pelakon yang bakal membintangi filem baharu bagi sekuel filem adaptasi komik DC, The Suicide Squad.

John Cena sah sertai Fast & Furious 9!
Bintang WWE dan pelakon, John Cena telah mengesahkan akan berlakon dalam filem aksi kereta, Fast & Furious 9.

John Cena terima 'lamaran' bintangi sekuel Suicide Squad?
Bintang WWE terkemuka, John Cena dilaporkan 'dilamar' untuk membintangi sekual filem Suicide Squad.

Terlalu minat, John Cena tawar diri jadi 'bodyguard' BTS
Minat selebriti WWE terkemuka, John Cena terhadap kumpulan K-Pop popular BTS bukan lagi rahsia.

Gusti WWE: John Cena bertemu Triple H di bumi Arab Saudi
Acara ini akan mengimbau semula sejarah pertemuan antara kedua jaguh ini seperti yang pernah berlangsung di acara kemuncak Wrestlemania 22 pada tahun 2006.

Selepas Shah Rukh Khan, John Cena beralih kepada Aamir Khan pula
Menerusi instagramnya John Cena berkongsi foto Aamir Khan yang diambil dari filem Secret Superstar tanpa sebarang kapsyen.