VOKALIS Kangen Band, Andika Mahesa, 40, selamat berkahwin buat kali kelima pada 31 Januari 2024.
Andika yang juga dikenali dengan panggilan Babang Tamvan diketahui berkahwin dengan seorang doktor bernama Ayu Kartika.
Menerusi perkahwinan kelima ini, Andika mengaku berasa lebih tenang berbanding empat pernikahannya yang gagal di tengah jalan.
“Mungkin kerana pernikahan ini dihadiri oleh ahli keluarga, ibu dan bapa kami, lebih terasa tenang dan direstui,” kata Andika seperti dilaporkan Kompas.com.
Pelantun lagu Cinta Sampai Mati itu malah menyampaikan permohonan maaf kepada empat wanita yang pernah menjadi bekas isterinya.
“Saya minta maaf kepada semua orang (bekas isteri) yang pernah saya sakiti. Saya mohon maaf, terima kasih,” ucap Andika sewaktu majlis pernikahannya.
Menurut Andika, sebagai suami dia tidak pernah mahu rumah tangganya gagal.
Namun sebagai manusia biasa, dirinya tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
“Memang jalannya harus begini, kerana jodoh tidak pernah tahu kan, ada yang bercinta lima tahun, bahkan lebih, kalau bukan jodoh bakal sulit, tapi kalau jodoh ya bakal dipermudah walaupun sebentar bertemunya.
“Seperti yang ini, kami berkenalan hanya dua bulan,” katanya lagi.
Menerusi perkahwinan kelima ini, Andika mengungkapkan impian keluarga yang mahu ia menjadi perkahwinan terakhir dalam hidupnya.
Andika pertama kali menikah dengan Ade Bunga Niari pada 2007 dan keduanya bercerai pada 2010. Mereka dikurniai seorang anak hasil perkahwinan tersebut.
Secara keseluruhan, penyanyi ini mempunyai lima orang anak hasil empat perkahwinan lampau. - Gempak
Gempak
Wed Feb 07 2024
Andika Mahesa bertemu jodoh kali kelima dengan doktor bernama Ayu Kartia. Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 31 Januari 2024.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Kahwin kali kelima, Andika Kangen Band minta maaf pada semua bekas isteri
"Saya minta maaf kepada semua orang (bekas isteri) yang pernah saya sakiti. Saya mohon maaf, terima kasih."