PELAKON Azri Iskandar mendedahkan yang dia masih lagi dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Dr Azra.
Namun, niat murni itu belum dapat direalisasikan kerana Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan.
“Memang target (untuk berkahwin) seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah. Mungkin tahun ini juga insya-Allah.
“Jika betul saya akan mendirikan rumah tangga, saya akan kongsikan dengan semua,” katanya kepada Gempak ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Pada acara berkenaan, Astro memperkenalkan drama baharu seperti Bukan Cinta Sempurna, Budak Hostel Otaknya Sewel dan Tanah Kubur Siri 16.
Menerusi acara yang sama, Azri ‘disatukan’ buat kali pertama dengan Ellie memandangkan kedua-duanya membintangi drama Tanah Kubur tetapi berlainan episod.
Pun begitu, Azri memberitahu yang dia tidak akan lupa untuk menjemput bekas isterinya, Ellie Suriaty untuk hadir ke majlis perkahwinannya.
“Saya akan buat majlis, walaupun dah tua. Untuk makan-makan, gathering kawan-kawan dan juga bergambar.
“Saya akan jemput Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia,” katanya lagi.
Azri menambah, hubungannya bersama Ellie masih baik dan dia boleh menyifatkan hubungan tersebut lebih bagus berbanding ketika masih bergelar suami isteri.
“Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau takda duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah,” kongsinya.
Ditanya adakah dia sudah membawa Dr Azra bertemu dengan anak-anak, Azri berkata: “Belum… dia sibuk,” katanya menutup bicara.
Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.
Gempak
Wed Jul 26 2023

Ellie dan Azri bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu. - Foto Astro GEMPAK

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kahwin? Masih dalam perancangan.. saya akan jemput Ellie Suriaty - Azri Iskandar
Niat tersebut belum dapat direalisasikan kerana Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi.

"Kau siapa, sila keluar tunjuk muka" - Ellie Suriaty persoal kewujudan kekasih Azri Iskandar
Menurut Ellie, biarpun telah berpisah, dia langsung tidak berdendam dengan Azri, namun isu tersebut membuatkan dia tidak senang dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu.

"Yang saya perlukan kesetiaan..." - Ellie luah bukan kekayaan yang diminta dari Azri
Ellie Suriaty dedah sepanjang hidup dengan Azri Iskandar tidak pernah dia minta seurat rantai atau cincin berlian.

"Naluri seorang isteri kuat" - Ellie Suriaty tak terkejut Azri dah nak kahwin lagi
Ellie berkata dia sudah menyedari perubahan itu dihujung perkahwinan mereka selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Dituduh jadi punca perceraian Azri & Ellie Suriaty, Afiqah Ishak beri penjelasan
Afiqah turut menjelaskan mengenai gambar yang diambil bersama Azri.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.

Takziah! Ibu Ellie Suriaty meninggal dunia
Ibu kepada pelakon Ellie Suriaty, Noriah Mat Akhir telah meninggal dunia pada pagi tadi.

Azmi Bahron galas cabaran jadi pekak dalam 'Tulus Ikhlas'
Pelakon Azmi Bahron menggalas cabaran untuk melakonkan watak seorang pemuda yang mempunyai masalah pendengaran dalam filem Tulus Ikhlas.