BAKAL terlibat dengan program terbaharu, The Hardest Singing Show, penyanyi Kaka Azraff berkata, pada awalnya dia tidak yakin untuk menyertai rancangan terbitan Astro itu.
Kaka tertarik konsep program
Bagaimanapun selepas diberi penerangan, dia tertarik dengan konsep program ini yang mengutamakan kreativiti.
"Kalau utamakan vokal memang saya balik dulu, tetapi sebab program ini berlainan, maka saya bersetuju untuk sertai,” kongsinya ketika ditemui Gempak.
Platform buat Kaka
Sementara itu, Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
"Dalam masa sama, saya sertai program ini sebab anak-anak dan melihat program ini sebagai satu platform yang baik dan sesuai dengan misi saya untuk kembangkan kerjaya," tambahnya lagi.
Kaka berkongsi perkara demikian selepas majlis Sidang Media Rancangan The Hardest Singing Show di Mid Valley City, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Kaka, antara lain yang menyertai program tersebut adalah Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah profesional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim, dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah di balik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin. -Gempak
Gempak
Sun May 12 2024
![Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715509709_KakaAzraff.jpg)
Kaka (foto) turut melihat bahawa rancangan The Hardest Singing Show ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara. -Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720417852_AishaRetno.jpg)
THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus
Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
![THSS: Bakar tangan atas pentas, Putera Muhammad raih markah tertinggi! THSS: Bakar tangan atas pentas, Putera Muhammad raih markah tertinggi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719807784_PuteraMuhammadTHS.jpg)
THSS: Bakar tangan atas pentas, Putera Muhammad raih markah tertinggi!
Putera Muhammad dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-8 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
![THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719549900_DeFam.jpg)
THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor.
![Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719294529_tbaydajebat.jpg)
Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
![The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718623274_tbdefamtarikdiri.jpg)
The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri
Jelas Firdaus, pihak DeFam memilih untuk menarik diri apabila Azira Syafinaz dikhabarkan sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
![Berdepan masalah kesihatan, Defam tarik diri daripada The Hardest Singing Show Berdepan masalah kesihatan, Defam tarik diri daripada The Hardest Singing Show](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718596638_defam.jpg)
Berdepan masalah kesihatan, Defam tarik diri daripada The Hardest Singing Show
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung.
![THSS: Kekal di tangga tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa THSS: Kekal di tangga tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716773335_tbTheHardestSingin.jpg)
THSS: Kekal di tangga tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa
Hasil kemenangan menyaksikan Aisha membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
![THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716164398_tbTheHardestSingin.jpg)
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
![THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2 THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716021611_THSS.jpg)
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
![THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715558063_AydaJebat.jpg)
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.