PELAWAK dan pelakon terkenal, Zizan Razak berharap pengguna media sosial jangan terpedaya dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang mengguna pakai gambarnya untuk tujuan penipuan.
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya.
“Berkenaan dengan posting dibuat oleh peniaga yang saya tidak tahu siapa. Yang betul-betul menipu menggunakan nama dan muka saya, memang saya terkejut.
“Saya rasa agak sedih dengan sifat sebegini, kalau ikutkan dari sudut kebenaran atau keizinan saya, memang tak ada dan boleh jatuh kepada haram kalau buat kerja seperti ini.
“Saya memang tidak pernah terlibat dengan penjualan jam dan saya harap sangat rakyat Malaysia jangan terpedaya dengan mereka yang saya rasa boleh disifatkan sebagai scammer.
“Saya ada juga bercakap dengan pihak peguam saya berkenaan dengan hal ini tapi tak mengapa.
“Pada saya untuk tindakan pertama mungkin saya uar-uarkan sebegini kepada mereka. Kalau dia teruskan juga jual mungkin tindakan akan diambil,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Zizan juga menasihatkan agar para peniaga mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak menggunakan nama atau wajah orang lain tanpa keizinan individu yang terlibat.
“Jadi nasihat saya kepada mereka yang terlibat atau niat nak menggunakan gambar artis lebih baik tidak.
“Sebab apa sahaja yang kita buat, bergerak, kiri kanan, mata kita pandang atas bawah pun bernafas dengan izin Allah.
“Apatah lagi kalau kita nak mencari rezeki yang halal, kita nak makan beri pada mak, ayah, anak kita, nak jadikan darah daging.
“Saya nasihatkan sekurang-kurangnya tanya artis atau siapa-siapa sahajalah yang kita mahu gunakan gambar mereka.
“Kalau tidak mampu bayar pun minta izin, kalau tak boleh pun guna cara sendiri sebab rezeki itu luas. Kadang dengan apa cara atau tidak menggunakan artis pun ramai juga yang berjaya.
“Itu nasihat saya, apa-apa pun bukan dengan cara yang begitu kalau kita nak meniaga. Yang terbaik adalah kita tanya Allah, doa dan berusaha. Insya-Allah,” jelasnya.
Terdahulu terdapat sebuah posting di Facebook yang mempromosikan jam digital dengan menggunakan nama dan juga foto Zizan.
Posting dengan Facebook bernama Zizan Razak itu ternyata boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai dan juga menjejaskan nama baik Zizan. -Gempak
Gempak
Sat Sep 02 2023
!['Kalau dia teruskan, tindakan akan diambil' - Zizan kesal ada peniaga salah guna nama, gambar 'Kalau dia teruskan, tindakan akan diambil' - Zizan kesal ada peniaga salah guna nama, gambar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693650937_Zizanrazak.jpg)
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya. -Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739515351_TBZizanRazakKelan.jpg)
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.
![Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738407426_tbRaRa.jpg)
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
![Baik Punya Ah Long ke Festival Filem Rotterdam 2025, Datuk Afdlin syukur Baik Punya Ah Long ke Festival Filem Rotterdam 2025, Datuk Afdlin syukur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735027261_filem.jpg)
Baik Punya Ah Long ke Festival Filem Rotterdam 2025, Datuk Afdlin syukur
Afdlin bersyukur dan bangga apabila filem Baik Punya Ah Long berjaya terpilih untuk mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam.
!['Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan 'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726218192_tbbaikpunyaahlong.jpg)
'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan
Ia kekal mendominasi meskipun diasak kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, dan Hellboy.
![Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715509709_KakaAzraff.jpg)
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
!['Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu 'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712982449_ZizanRazak.jpg)
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
![Ibu menangis, Zizan buat kejutan hadiahkan kereta Mercedes idaman Ibu menangis, Zizan buat kejutan hadiahkan kereta Mercedes idaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710922323_TBzizanjpg.jpg)
Ibu menangis, Zizan buat kejutan hadiahkan kereta Mercedes idaman
Momen indah tersebut dikongsi oleh abangnya, Hafiza Razak menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
!['Kalau dia teruskan, tindakan akan diambil' - Zizan kesal ada peniaga salah guna nama, gambar 'Kalau dia teruskan, tindakan akan diambil' - Zizan kesal ada peniaga salah guna nama, gambar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693650937_Zizanrazak.jpg)
'Kalau dia teruskan, tindakan akan diambil' - Zizan kesal ada peniaga salah guna nama, gambar
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya.
![Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023! Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685772724_TBPOLISEVO.jpg)
Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.
!['Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie terbaik!' - Baru sehari tayang, netizen suka Merewang Keluarga Pak Awang best! 'Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie terbaik!' - Baru sehari tayang, netizen suka Merewang Keluarga Pak Awang best!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689552110_TBMEREWANG.jpg)
'Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie terbaik!' - Baru sehari tayang, netizen suka Merewang Keluarga Pak Awang best!
Ramai tidak kering gusi melihat lawak bersahaja Zizan Razak yang buat pertama kalinya memainkan watak antagonis dalam filem tersebut.