KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal India Kamal Haasan melahirkan rasa terima kasih kepada peminatnya di Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya selama ini.
Kamal, 70, yang berada di ibu negara untuk mempromosikan filem 'Indian 2', sekuel filem blockbusternya pada 1996 'Indian' berkata keghairahan peminat memberikannya motivasi untuk berkembang maju dan berjaya.
"Sokongan tidak berbelah bahagi anda menjadi penyebab saya berdiri di hadapan anda hari ini, setiap kali tayangan filem saya, saya berusaha untuk datang dan bertemu anda semua," katanya ketika promosi filem berkenaan di NU Sentral di sini malam ini.
Menyentuh mengenai filem yang dikeluarkan dalam bahasa Tamil, Telugu dan Hindi itu, beliau berkata 'Indian 2' adalah hasil kerja keras dan dedikasi ramai individu berbakat.
Pemenang tiga kali anugerah filem kebangsaan India itu juga melahirkan rasa terima kasih kepada pengarah filem Shankar serta penerbit Lyca Productions dan pengedar Red Giant Movies atas sumbangan tidak ternilai mereka kepada projek berkenaan.
Aktor itu turut mendedahkan sebab utama beliau bersetuju membintangi filem 'Indian 2' adalah kerana rancangan penerbitan sekuel filem itu iaitu 'Indian 3'.
"Kami merancang untuk melancarkannya (Indian 3) sejurus selepas keluaran 'Indian 2' ini," katanya.
Filem 'Indian' yang dikeluarkan pada 1996 menampilkan Kamal sebagai pejuang kemerdekaan memberontak menentang rasuah di India sekali gus mewujudkan konflik dengan anaknya yang terlibat dalam amalan rasuah.
Filem itu menjadi filem Tamil yang menerima kutipan tertinggi selepas ditayangkan serta merupakan penyertaan India untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi pada 1996 walaupun ia tidak menerima pencalonan.
Mengenai kerjaya politiknya, Kamal berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan industri perfileman.
"Apabila memasuki bidang politik, saya mempertimbangkan untuk meninggalkan kerjaya seni untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi menyedari sokongan berterusan anda semua, saya memutuskan untuk meneruskan kedua-duanya, sekali gus mendorong saya kembali berlakon," katanya.
Pelakon itu memasuki arena politik pada 2018 dengan mengasaskan parti Makkal Needhi Maiam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Kamal Haasan (empat, kiri) serta pelakon Siddharth (tiga, kanan) bergambar semasa promosi filem Indian 2 di sebuah pusat beli-belah pada Jumaat. - Foto Bernama
Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100 kg dadah
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Johor Bahru atas tuduhan mengedar dan memiliki lebih 100 kilogram dadah.
Amaran hujan: Tahap buruk di Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Kamal Haasan promosi filem 'Indian 2' di Malaysia
Pelakon terkenal India Kamal Haasan melahirkan rasa terima kasih kepada peminatnya di Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi.
Anwar luang masa bertemu ‘superstar’ Kamal Haasan
Perdana Menteri, meluangkan masa bertemu dengan seniman tersohor India, Kamal Haasan pada Jumaat.
Anwar Ibrahim 'lepak' dengan superstar India, Kamal Haasan
Aktor berkenaan dilaporkan berada di Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem aksi, Vikram.
Kamal Haasan positif COVID-19
Pelakon berusia 67 tahun itu baru-baru ini ke AS untuk melancarkan jenama fesyennya, House of Khaddar.
Rajinikanth, Kamal Haasan penuh bergaya di Malaysia
Kedua-dua pelakon yang turut memiliki jutaan peminat di Malaysia, hadir dengan helikopter untuk pelancaran dana itu.
Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India S
Tiket bertemu Rajnikanth, Kamal Haasan dijual mulai esok
Tiket ke program Natchathira Vizha 2018, sebuah pesta hiburan melibatkan 250 bintang filem India termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil di sini pada 6 Jan d
Status penayangan Viswaroopam akan diketahui minggu ini
Filem lakonan Kamal Haasan Viswaroopam telah menggamit kontroversi apabila penayangannya telah ditarikbalik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).