SIRI animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak.
Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.
Sedang memulakan fasa praproduksi, kini filem Keluang Man sedang mencari bakat yang bersesuaian untuk watak utama.
Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.
Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap.
Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan.
Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda.
Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum 3 minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format mp4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
Sepuluh bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, watak ikonik ini amat dekat dengan penonton dan cuba untuk meneroka bakat baru.
"Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam.
"Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keluangman.com atau kunjungi media sosial Instagram, Twitter, TikTok Astro Shaw atau Astro Gempak. -Gempak
Gempak
Fri Jul 28 2023
![Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari! Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690527066_keluangman.jpg)
Filem Keluang Man versi live action ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim. -Gempak
AWANI Ringkas: Birokrasi agihan bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khaled nafi dakwaan naib canselor UPNM 'tempat buangan'
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan dakwaan bahawa jawatan naib canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digunakan sebagai "tempat pembuangan" bagi jeneral tiga bintang dalam angkatan tentera.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Sidang parlimen: SDG 12 perlu diteliti oleh pihak berkepentingan
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ini untuk memastikan pelaksanaan pusat kitar semula yang tidak terlalu mahal disamping menambah baik ekonomi setempat.
Sidang parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2%
12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.
![Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739937540_TBkebakaran.jpg)
Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta.
[TERKINI] 3 mangsa maut di konsert pinkfish akibat dadah stimulan
Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
![Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.
![Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739935315_tbSambalBuduDurian.jpg)
Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.
![Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734523115_AstroShaw.jpg)
Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia
Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal inisiatif baharu yang dinamakan Astro Shaw Cinematic Universe.
![Kapla, Keluang Man 'bikin panas' di Hari Kebangsaan Kapla, Keluang Man 'bikin panas' di Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725087116_TBastroshaw.jpg)
Kapla, Keluang Man 'bikin panas' di Hari Kebangsaan
Dua karakter karya hiburan popular iaitu Keluang Man dan Kahar menerusi siri fenomena Project High Council membuat penampilan istimewa dengan menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya.
![Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709454643_KeluangMan.jpg)
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
![Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701227097_TBNastjpg.jpg)
Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.
![Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari! Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690527066_keluangman.jpg)
Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!
Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.
![Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653294467_TBKELUANGMAN.jpg)
Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.
![Siri animasi era 90an imbau kenangan zaman kanak-kanak Siri animasi era 90an imbau kenangan zaman kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598665263_animasitempatan.jpg)
Siri animasi era 90an imbau kenangan zaman kanak-kanak
Kanak-kanak pada zaman itu, biasanya kalau cuti sekolah, awal pagi lagi mereka bangun, mandi dan usai sarapan, duduk di depan televisyen untuk menonton rancangan animasi popular.
![Amar Singh akan bersara Jun ini, tetapi ... Amar Singh akan bersara Jun ini, tetapi ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526582865_AmarSinghIsharSin.jpg)
Amar Singh akan bersara Jun ini, tetapi ...
Namun oleh kerana peranan pentingnya dalam siasatan kes 1MDB, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mungkin akan dilanjutkan kontraknya.
![Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524306398_KeluangMan.jpg)
Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf
Filem Keluang Man Tak Jadi, Rizal Halim Mohon Maaf Pada Rakan Artis di Singapura dan Indonesia