Ini kerana kelibat kedua-dua selebriti sensasi itu mahupun peguam mereka tidak kelihatan di mahkamah sehingga pukul 11 pagi tadi.
Malah, menerusi paparan senarai kes yang dibicarakan hari ini di dewan kamar mahkamah juga tiada tertera nama Aliff mahupun Ruhainies.
Setakat artikel ini ditulis juga peguam syarie mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi kerana dipercayai menutup talian telefon.
Sementara, Ruhainies juga belum memberikan sebarang maklum balas dan tidak menjawab panggilan telefon.
Pada Oktober lalu, Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan dua tarikh iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium Mac lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.
Sebelum ini, Pegawai Pendakwa Syarie Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen kes kepada pembelaan antaranya senarai saksi-saksi yang akan memberikan keterangan.
Mendengar perkara itu, dua peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani yang masing-masing mewakili Aliff dan Ruhaninies mengesahkan dokumen senarai saksi tersebut.
Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.
Justeru pertuduhan terhadap mereka didakwa masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Sebelum ini kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff Aziz diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Ruhainies, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff Aziz di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.
Ujarnya, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat tersebut berlaku.
Pada masa sama, Ruhainies turut mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekali gus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.
Sementara, pada 13 Jun lalu, Aliff dan isterinya Bella Astillah sah bercerai talak satu kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Aliff melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. -- Gempak
