KEMATIAN aktres Bloodhounds, Kim Sae-ron pada hujung minggu lalu masih menjadi topik utama media Korea Selatan.


Ringkasan AI
  • Kim Sae-ron, aktres Bloodhounds, ditemui mati di kediamannya di Seongsu-dong, Barat Seoul, pada usia 24 tahun. Beliau sempat menukar nama kepada Kim Ah-im untuk kembali aktif selepas terkait cancel culture atas kes kemalangan memandu sewaktu mabuk pada tahun 2022.
  • Kim Sae-ron berdepan krisis kewangan yang teruk dan masalah kemurungan kronik. Beliau melakukan banyak pekerjaan untuk membayar ganti rugi dan kesemuanya, tetapi tetap tidak diterima oleh peminat apabila ingin kembali aktif.
  • Pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada unsur jenayah di lokasi penemuan Sae-ron dan siasatan masih dijalankan. Kim Sae-ron pertama kali masuk ke industri hiburan Korea pada 2009 menerusi karya A Brand New Life.


Sae-ron ditemui mati oleh temannya di kediaman di Seongsu-dong, Barat Seoul, pada usia 24 tahun.

Selepas kematiannya, kenalan pelakon itu memberitahu Sae-ron sempat menukar nama untuk kembali aktif selepas dirinya terkait cancel culture dalam kes kemalangan memandu mabuk pada tahun 2022.

“Saya bertemu Kim Sae-ron hujung tahun lalu. Dia sudah menukar namanya kepada Kim Ah-im dan mahu memulakan hidup baharu.

“Dia juga baru menyudahkan penggambaran filem berjudul Guitar Man dan bercadang untuk kembali aktif,” dakwa seorang kenalan seperti dilaporkan AllKPop.

Selain menukar nama, media tempatan mendakwa bintang yang meledak menerusi lakonannya dalam The Man from Nowhere berdepan krisis kewangan yang teruk selain masalah kemurungan kronik.

“Kim Sae-ron mengalami kemurungan dan pada masa bergelut dengan krisis kewangan yang kronik ditambah dengan sikap peminat yang kekal melabelkan dirinya negatif selepas insiden kemalangan tersebut.

“Dia melakukan banyak pekerjaan untuk membayar ganti rugi dan kesemuanya. Namun apabila dia ingin kembali aktif, dirinya tidak diterima. Itu membuat ‘kesakitannya’ lambat sembuh,” ujar laporan sama.

Terdahulu pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada unsur jenayah di lokasi penemuan Sae-ron.

“Tiada kesan pecah masuk dan kami tidak menemui sebarang unsur jenayah. Siasatan masih terus dijalankan,” ujar wakil pihak berkuasa tempatan.

Sae-ron pertama kali terlibat dalam industri hiburan Korea pada 2009 menerusi karya A Brand New Life. -Gempak