KOTA BHARU:Konsert legenda rock tanah air, Lefthanded, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 13 Februari depan dibatalkan.
Menurut Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan, Azman Mohd Daham, konsert berkenaan yang dijadualkan pada tarikh berkenaan dibatalkan atas alasan penularan kes COVID-19 yang melanda negara termasuk Kelantan.
"Difahamkan pihak penganjur sudah membatalkan konsert itu dan tidak mengumumkan bilakah tarikh lain untuk konsert berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, Azman menjelaskan konsert berkenaan mendapat kelulusan dan permit daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam, MPKB-BRI ketika mengadakan sidang akhbar bersama penyanyi utama kumpulan tersebut, Datuk Nasharuddin Elias atau Nash pada baru baru ini.
Namun pada 5 Disember lepas, kerajaan Kelantan mengesahkan tiada permohonan lesen atau permit dari pihak penganjur untuk mengadakan konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhamad 1V, Kota Bharu.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin, yang menjelaskan tiada sebarang permohonan atau kelulusan diberikan kepada penganjuran konsert rock tersebut.
Bahkan katanya, sekiranya pihak penganjur ingin menganjurkan sebarang acara dalam waktu pandemik COVID-19 melanda, itu juga perlu mengikuti syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dengan tidak melebihi 50 orang berkumpul di kawasan terbuka.
"Semua permohonan kena ikut syarat, mungkin dia buat persetujuan dalam mesyuarat dia, tapi permohonan tak buat lagi, bila tak buat permohonan bagaimana nak lulus?" tambah Dr Izani lagi.
Mengulas lanjut berhubung kekeliruan itu, Azman menjelaskan wujud salah faham di pihak penganjur, iaitu permit atau kelulusan hanya diberikan untuk "persembahan kebudayaan dikir barat bersama Lefthanded" dan bukannya kelulusan untuk penganjuran konsert di tempat terbuka.
Sebelum ini pihak penganjur telah mengeluarkan poster dan mewujudkan laman media sosial untuk promosi dan jualan tiket.
BACA: Legenda rock, Lefthanded, bakal gegarkan Kelantan Februari 2021
Baru-baru ini, Datuk Nash mengumumkan penganjuran konsert kumpulan berkenaan di Stadium Sultan Muhammad IV, buat julung-julung kalinya di Kelantan bersempena siri Jelajah Ulang tahun Lefthanded ke-40 di 16 lokasi termasuk di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Persembahan konsert itu akan turut disertai 100 orang pendikir barat.
Kerajaan Kelantan telah lama melarang penganjuran konsert rock secara terbuka selepas perubahan kerajaan di Kelantan pada tahun 1990.
Vivi Sumanti
Sun Jan 10 2021

Difahamkan pihak penganjur sudah membatalkan konsert itu dan tidak mengumumkan bilakah tarikh lain untuk konsert berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penyanyi tak ada adab, buka seluar waktu buat persembahan, penganjur didenda
Sebuah festival muzik rock yang berlangsung di China menjadi kecoh selepas seorang penyanyi membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Shijiazhuang.

Jokowi 'layan' konsert Dewa 19 di Medan
Jokowi yang sekian lama dikenali sebagai peminat kumpulan rock menyertai pengunjung menyaksikan persembahan secara langsung konsert Dewa 19 di pusat Konvensyen di Medan, Sumatera Utara.

Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan
Difahamkan pihak penganjur sudah membatalkan konsert itu dan tidak mengumumkan bilakah tarikh lain untuk konsert berkenaan.

Legenda rock, Lefthanded, bakal gegarkan Kelantan Februari 2021
Konsert Lefthanded menerusi Projek Gila membabitkan 16 tempat di seluruh negara.