HAYAT Datuk Seri Rossa dalam industri muzik Nusantara sudah pun menginjak ke usia 25 tahun - tempoh yang boleh dikira sangat lama untuk memakukan nama seseorang pelantun suara sebagai seorang penyanyi yang berkaliber.
Tinggi kaliber Rossa terbukti jelas saat 3,000 penonton mengisi setiap lopongan kerusi yang ada di Dewan Plenary KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, membuktikan namanya masih relevan dan karyanya masih didahagakan.
Lakunya tiket Rossa barangkali disebabkan kuasa malar segar yang dimiliki oleh setiap lagunya.
Itu mungkin jampi yang diguna pakai oleh pemilik nama lengkap Sri Rossa Roslaina Handiyani ini sebagai pelaku seni.
Membuka tirai Konsert Rossa 25 Shining Years dengan lagu As One yang dipetik daripada album Love, Life & Music, penonton terus dibuai dengan seleksi material-material galau seperti Takkan Berpaling, Masih, Tak Sanggup Lagi dan Tega.
Tidak melupakan pemuja lagu-lagu runut bunyi filem nyanyiannya, Rossa merangkumkan tiga single yang pernah menyorot perhatian pendengar suatu ketika dahulu iaitu Takdir Cinta, Atas Nama Cinta, dan Ayat-Ayat Cinta.
Menurut Rossa, ketiga-tiga lagu ini merupakan lagu wajib karaoke dalam kalangan peminatnya.
Segmen seterusnya menghadirkan Andi Rianto, maestro muzik Indonesia yang bertanggungjawab menggarap beberapa lagu milik Rossa.
Melantunkan untaian Hati Yang Terpilih, Perawan Cinta, Aku Bukan Untukmu, Tertalu Berharap dan Sekali Ini Saja, segmen bersama Andi ternyata meninggalkan impak yang sangat mendalam dalam diri penonton.
Selain Andi, Rossa menerbangkan Judika yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta dan mash-up Hati Yang Kau Sakiti dan Aku Yang Tersakiti.
Meneruskan persembahan, Rossa turut menghargai pemuzik dan penyanyi Malaysia dengan mendendangkan medley Janji Manismu, Suci Dalam Debu, Cinta Kita, Isabella, Bukan Cinta Biasa, dan Antara Anyer Dan Jakarta.
Lebih manis, Datuk Amy Search yang hadir dalam kelompok penonton turut disuakan mikrofon oleh Rossa untuk menyanyi barang lagu Fantasia Bulan Madu.
Rossa turut mengundang Hael Husaini untuk menyanyikan lagu Kamu Yang Ku Tunggu sebelum Hael mengambil alih pentas menyanyikan lagu hits Rossa, Ku Menunggu.
Pentas konsert dimekarkan lagi dengan segmen lagu-lagu rancak, yang menyaksikan Rossa menghiburkan penonton dengan lagu Malam Pertama, Body Speak, Pudar, Sakura, dan Hey Ladies.
Geliganya Rossa untuk tidak membiarkan penonton bosan, empat lagu tersebut diberikan sentuhan baharu dengan muzik EDM yang ternyata setara enak jika mahu dibandingkan dengan susunan muzik asal.
Tiga jam menikmati konsert Rossa seperti tidak puas. Bak kata Rossa ketika sidang media usai persembahannya, banyak lagu lain yang tidak dimasukkan dalam senarai persembahan.
Penyanyi berusia 44 tahun itu menambah, mungkin lima jam masa yang sedang elok untuk mempersembahkan kesemua katalog muzik popularnya.
Pun begitu, sedikit ralat kerana ada beberapa lagu hits Rossa yang ‘terabai’ dan tidak dinyanyikan secara penuh pada malam konsert - Jagad Khayalku, Memeluk Bulan, Salahkah, dan Bukan Maksud Ku.
Namun, mungkin juga Rossa mahu meletakkan keadilan pada lagu-lagu lain yang selama ini belum pernah dinyanyikan secara langsung di Malaysia, sekali gus meninggalkan beberapa hits popularnya tidak terusik. -Gempak
Gempak
Sun Nov 06 2022

Pentas konsert dimekarkan lagi dengan segmen lagu-lagu rancak, yang menyaksikan Rossa menghiburkan penonton dengan lagu Malam Pertama, Body Speak, Pudar, Sakura dan Hey Ladies. -Gempak

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.