KUALA LUMPUR: Duo komposer Diskoria dari Indonesia bakal berkongsi pentas dengan ratu jazz negara Datuk Sheila Majid menerusi konsert "A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid" di Zepp Kuala Lumpur di sini, pada 14 Jun ini.
Mengakui teruja dengan kolaborasi itu, Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.
"Selama ini kita hanya berharap dapat (berkolaborasi dengan Sheila) tetapi apabila kesempatan itu hadir, kita bersyukur... sebab lagu Sinaran yang dibawakan Sheila, sangat digemari oleh orang di Indonesia.
" ... jadi, apabila diberitahu akan bernyanyi dengan dia, ia macam mimpi jadi kenyataan," kata Merdi Simanjuntak dalam sidang media konsert berkenaan, di sini baru-baru ini.
Merdi Simanjuntak mengakui sambutan hangat yang diterima daripada peminat di Kuala Lumpur membuatkan mereka tidak pernah jemu untuk mengadakan konsert di Malaysia.
"Ini adalah konsert ketiga Diskoria di Malaysia tetapi buat pertama kali membabitkan kerjasama dengan artis tempatan. Jujurnya, kita senang sekali untuk kembali ke Kuala Lumpur.
"Dari single pertama, kita dapati, banyak komen dari Malaysia yang meminta kita datang ke sini. Jadi kita selalu ingin datang ke Malaysia kerana ramai yang menyokong," katanya.
Konsert bertemakan "Disco 80-an" itu bakal menyaksikan pelopor muzik lokal Indonesia tersebut mempersembahkan lagu mereka seperti Badai Pasti Berlalu, Balada Insan Muda, Pelangi Cinta dan Serenata Jiwa Lara, sementara Sheila pula bakal menyampaikan lagu hits Diskoria serta lagu beliau sendiri dalam gaya muzik gabungan disko, funk dan pop retro buat kali pertama.
Selain Sheila, konsert anjuran MYdeteksi bersama-sama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia yang berdurasi lebih 90 minit itu dijangka turut menampilkan kumpulan Jemput Dengar sebagai artis pembukaan.
Pengarah Kreatif MYdeteksi Shafika Mazlan berkata penampilan khas Sheila dalam konsert itu bertujuan memberi kelainan dalam persembahan Diskoria.
"Sebelum ini, Diskoria sudah dua kali membuat konsert di sini, jadi, kami mahukan sesuatu yang berbeza. Kita cuba tanya Sheila dan siapa sangka dia bersetuju untuk turut serta menjayakan konsert ini," katanya.
Harga tiket bagi konsert ini adalah Serenta Jiwa Lara (RM165), Sinaran (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) Badai Pasti Berlalu (RM320) yang boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.myticket.asia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Penampilan khas Sheila dalam konsert itu bertujuan memberi kelainan dalam persembahan Diskoria. - Gambar/ IG Sheila Majid

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Konsert tema disko satukan Diskoria, Sheila Majid
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.