RAMAI peminat muzik metal tanah air sebenarnya mengeluh sebaik berakhirnya konsert kumpulan terkenal dari Jerman, Kreator, Khamis lalu memandangkan tempoh persembahan hanya berdurasi sejam lebih sahaja.
Namun tak siapa dapat menafikan bahawa persembahan yang dihidangkan pada malam itu cukup luar biasa - memukau dan bertenaga - biarpun usia ahli kumpulan masing-masing sudah melepasi 50 tahun.
Pihak media sendiri sebenarnya cukup terkejut dengan stamina dan aksi mereka yang konsisten sepanjang persembahan, tanpa menunjukkan tanda-tanda kepenatan.
Maklumlah semua 15 lagu yang dihidangkan bukanlah berentak perlahan atau diselang seli dengan aksi sederhana, sebaliknya berentak pantas dan heavy belaka.
Miland "Mille" Petrozza, Jürgen "Ventor" Reil, Sami Yli-Sirniö dan Frédéric Leclercq yang menunjangi jenama Kreator tidak sedikit pun memberi ruang kepada peminat untuk berehat.
Sebaliknya mereka terus menghambur - melepaskan segala 'amarah' seumpama mesingan yang terus memuntahkan peluru sebagai tanda ‘terima kasih’ kepada peminat yang selama ini menyokong karier kumpulan itu.
Menganjak usia yang hampir menjangkau 60-an, tidak terbayangkan Mille Petrozza begitu gagah dan bertenaga sekali membanting lagu demi lagu dengan stamina yang tak terbatas.
Persembahan lagu “People of The Lie” misalnya dari album Coma of Souls, mengembalikan satu perasaan ‘kembali 20 tahun muda’ seperti menaiki mesin waktu pulang ke era 90-an.
Ia cukup menghiburkan lebih 2,000 peminat mereka yang hadir pada malam tersebut.
“Kuala Lumpur!” seru Mille Petrozza... “Kreator has returned!," kata-kata itu mengundang jerit-pekik yang bergema di seluruh Zepp KL... 'gemanya' seolah-olah kedengaran sehingga kini!
Sekalung tahniah dan pujian juga sebenarnya harus diberikan kepada pihak penganjur Rockstage Entertaiment yang menyajikan mutu dan sistem bunyi serta pencahayaan yang cukup luar biasa.
Ia juga turut diakui oleh anggota Kreator sendiri sejurus selepas konsert berkenaan sebelum berlepas ke Indonesia untuk persembahan seterusnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jan 28 2024
![Kreator 'rakus' di pentas walau hanya sejam persembahan di Kuala Lumpur Kreator 'rakus' di pentas walau hanya sejam persembahan di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706440089_Kreator.jpg)
Lebih 2,000 peminat Kreator hadir pada konsert kumpulan metal itu di Zepp KL malam Khamis. - Gambar/ Astro AWANI
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739070501_tbOnnHafizGhazi.jpg)
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
![Kereta dipandu warga emas rempuh kedai Kereta dipandu warga emas rempuh kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739072473_tblupamatikanenjin.jpg)
Kereta dipandu warga emas rempuh kedai
Siasatan awal mendapati seorang wanita warga emas yang memandu kereta parkir di hadapan kedai Ekonomic Market tanpa mematikan enjin.
![Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739069900_tbgempabumi.jpg)
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
![Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739071123_tbsetiacitymall.jpg)
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Kreator 'rakus' di pentas walau hanya sejam persembahan di Kuala Lumpur Kreator 'rakus' di pentas walau hanya sejam persembahan di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706440089_Kreator.jpg)
Kreator 'rakus' di pentas walau hanya sejam persembahan di Kuala Lumpur
RAMAI peminat muzik metal tanah air sebenarnya mengeluh sebaik berakhirnya konsert kumpulan terkenal dari Jerman, Kreator, Khamis lalu.
![Selepas 19 tahun, Kreator bakal kembali gegar pentas konsert di Malaysia Selepas 19 tahun, Kreator bakal kembali gegar pentas konsert di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702284536_TBkreatorjpg.jpg)
Selepas 19 tahun, Kreator bakal kembali gegar pentas konsert di Malaysia
Konsert yang dijadualkan berlangsung 25 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur itu akan membawa semua peminat mereka menelusuri nostalgia bersama lagu-lagu lama dan baharu.