KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun menyepi berikutan penularan pandemik COVID-19, industri hiburan tanah air kembali rancak dengan pelbagai pengisian acara.
Baik konsert berbayar dan percuma, tayangan filem-filem baharu, pementasan teater dan sebagainya menghidupkan semula Kuala Lumpur.
Peminat muzik pula kebanyakan berada dalam dilema lantaran terlalu banyak konsert diadakan dengan sebilangan besar terpaksa berkira-kira dan membuat pelbagai pertimbangan sebelum memutuskan untuk membeli tiket dengan memilih pementasan artis mana yang mahu ditonton.
Dalam mengupas penganjuran konsert di Malaysia, kita tentu sekali tidak dapat melepaskan pandangan daripada memberi tumpuan pada trend kemasukan penyanyi Indonesia mengadakan konsert berskala besar mahupun kecil di negara ini.
Percaya atau tidak, hampir setiap minggu sejak sebulan lalu, ada sahaja artis dari negara jiran berkunjung ke Malaysia untuk menghiburkan peminat mereka.
Apakah kehadiran mereka benar-benar diterima ramai? Tidakkah peluang dan pintu yang dibuka luas buat mereka tidak mencabar penghibur tempatan?
Dalam diam, lantaran enggan hal ini berpanjangan menjadi ‘kontroversi’ membuatkan perdebatan isu ini hanya dibuat dalam lingkaran kecil khususnya dalam kalangan penggiat industri muzik dan peminat muzik tempatan.
Sebelum kalendar 2022 berakhir, terdapat sebaris penyanyi dari seberang yang bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
Mereka terdiri daripada Datuk Seri Rossa, kumpulan NOAH, Ungu, Afghan, Rizky Febian, kumpulan Slank, Fabio Asher, kumpulan Gigi, Ruth Sahanaya dan ramai lagi.
Sebelum ini, kumpulan Dewa19, Kunto Aji dan Hetty Koes Endang juga sudah menghiburkan peminat-peminat mereka di sini.
Tidak dinafikan populariti dan hasil karya barisan artis seberang merupakan salah satu faktor mereka sering dipanggil mengadakan persembahan besar di sini.
Demikian juga dengan sentimen keakraban dan diplomasi budaya yang sejak sekian lama terjalin antara kedua negara menyebabkan Malaysia sentiasa berjiwa besar menerima kehadiran mereka.
Sebetulnya juga, kemasukan artis Indonesia ke Malaysia perlu diteliti dari sudut komersial dan silang budaya.
Paling utama juga, keberuntungan penggiat seni dari negara sahabat itu membuat persembahan di negara ini adalah kerana mereka sudah memiliki pengikut atau peminat yang bukan kecil jumlahnya.
“Kalau ditanya kenapa penganjur sering panggil artis seberang datang buat konsert di Kuala Lumpur, sudah pasti kerana ada permintaan tinggi di sini.
“Sebagai usahawan yang memiliki selok belok dalam penganjuran konsert besar atau kecil, sudah tentu saya perlu membuat pengiraan teliti sebelum menganjurkan konsert untuk mana-mana penyanyi.
“Buat konsert bukan melibatkan jumlah yang sedikit tetapi boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan adakala mencecah jutaan ringgit,” kata Pengarah Urusan syarikat penganjur acara, ALIFE dan PR Worldwide Sdn Bhd, Para Rajagopal kepada Astro AWANI ketika berkongsi rasional di sebalik penganjuran konsert-konsert artis Indonesia yang semakin melata sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, seluruh penggiat industri tidak boleh menidakkan kemampuan penyanyi seberang yang memiliki 'crowd' (peminat) atau pengaruh tersendiri.
Dalam masa sama, Para Rajagopal yang juga antara penganjur konsert kumpulan One Republic pada Mac 2023 tidak menafikan terdapat segelintir penyanyi tempatan yang tidak sanggup mengambil sebarang risiko dan hanya mahukan bayaran ditetapkan.
“Berbeza dengan penyanyi luar negara, mereka sanggup mengambil risiko jualan tiket dengan penganjur.
"Mereka meletakkan exposure atau pendedahan ke lokasi luar sebagai keutamaan. Mereka lebih fokus bertemu dengan peminat di seluruh dunia dan harga bukan faktor utama.
"Tetapi macam saya kata tadi, bukan semua. Hanya segelintir sahaja,” komennya.
MATERIAL LAGU INDONESIA LEBIH KUAT
Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim pula tidak menafikan kekuatan material lagu penyanyi seberang antara salah satu faktor kemunculan mereka sentiasa mendapat permintaan di sini.
“Impak sesebuah lagu itu besar dalam karier seorang penyanyi. Jika ada material yang berkualiti, percayalah permintaan buat konsert setiap tahun pasti ada.
“Saya beri contoh, penyanyi Tulus dari Indonesia. Pihak pengurusan di sana memberi tanggungjawab kepada syarikat saya untuk uruskan jika ada sebarang tawaran persembahan di sini.
"Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada permintaan untuk Tulus di sini.
“Faktor material yang dipersembahkan oleh Tulus mungkin menjadi faktor utama kenapa dia sering mendapat permintaan untuk adakan persembahan di sini.
"Tambahan pula, bekerja dengan penyanyi seberang juga profesional dan mudah,” komennya ringkas.
Namun begitu, Shiraz yang pernah menganjurkan konsert untuk beberapa nama besar di Malaysia turut memuji profesionalisme penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kumpulan Wings dan ramai lagi seterusnya tidak menolak untuk menjadi penganjur untuk konsert artis tempatan di masa akan datang.
“Untuk merancakkan industri muzik di Malaysia, saya berbesar hati membantu dan menyokong penyanyi tempatan untuk membuat persembahan konsert dalam skala besar," katanya.
TIDAK PERLU KECIL HATI
Penerbit Eksekutif Belbif Sdn Bhd, Fandy Alias yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang penganjuran acara dan konsert mempunyai pendapat serupa di mana seseorang penyanyi perlu tampil dengan lagu-lagu hebat.
“Penyanyi baru atau lama, kalau ada lagu yang ‘kuat’, tidak mustahil bila jual tiket konsert memang akan laku. Maksudnya dalam sebuah album kena ada banyak pilihan lagu hit.
“Material lagu amat penting untuk tarik crowd. Bukan apa…bimbang nanti bila di konsert hanya satu dua lagu sahaja yang penonton boleh ikut menyanyi sama.
"Ini juga antara faktor sama ada tiket sold out atau sebaliknya,” komennya.
Manakala vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh melihat kemasukan artis Indonesia mengadakan konsert sebagai perkembangan positif industri muzik tempatan.
"Bagi saya, tidak perlu berkecil hati. Kemasukan penyanyi Indonesia bukan suatu masalah. Apa yang penting, peminat nampak industri sudah kembali rancak.
“Jujurnya, saya belum ada pengalaman jumpa penganjur yang ‘pilih bulu’. Sebagai usahawan, saya faham buat bisnes harus ada pulangan.
"Kalau ada yang kurang senang dengan kehadiran artis seberang di sini, saya tak boleh buat apa.
"Sebelum ini saya pernah mengadakan persembahan di salah satu anugerah di Jakarta. Saya akui memang industri muzik di sana jauh ke depan dan saya jadikan ia sebagai inspirasi dalam persembahan,” katanya.
Faida Rahim
Mon Oct 10 2022
Sentimen keakraban dan diplomasi budaya yang sejak sekian lama terjalin antara kedua negara menyebabkan Malaysia sentiasa berjiwa besar menerima kehadiran mereka. - Astro AWANI
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Saya juga penjaga sah Musa' - Noh bidas dakwaan Mizz Nina
Noh Salleh meluahkan rasa hairan dengan tindakan Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
'Musa trauma diambil tanpa pengetahuan saya' - Mizz Nina
Mizz Nina meluahkan rasa lega apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa membenarkan permohonannya untuk menarik balik kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi
Noh Salleh bakal berkahwin 23 September ini?
Menurut sumber, wanita pilihan Noh merupakan seorang peguam dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM Shah Alam.
Kuala Lumpur dibanjiri konsert artis Indonesia, penyanyi tempatan sekadar penonton?
Sebelum kalendar 2022 berakhir, terdapat sebaris penyanyi dari seberang yang bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
'Untuk semua kasih sayang" - Mizz Nina hargai doa untuknya, Noh dan Musa
Mizz Nina tampil dengan ucapan terima kasih buat semua yang telah memberikan tanda sokongan kepadanya.
'Musa anugerah terindah buat kami' - Mizz Nina
Menurut Mizz Nina, dia dan suami melalui satu perjalanan yang panjang sehingga ke hari ini untuk mendapatkan cahaya mata.
Viral kisah 'lamaran' Noh kepada Mizz Nina: 'Hanya ada RM8 ribu dalam akaun''
Perkongsian pemilik akaun Facebook bernama Azfar Mohd, berkisarkan kisah percintaan dan penghijrahan pasangan itu ke arah lebih baik, viral di laman sosial.
"Bola Kampung" sasar kutipan RM10 juta
Bermula dengan pencalonan di Anugerah Emmy Kanak-Kanak, Animasia Studio memberanikan diri menerbitkan filem cereka.