DEWAN Filharmonik Petronas (DFP), yang terletak di Menara Berkembar Petronas, meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo pada hari Sabtu, 22 Julai 2023 jam 8.30 malam.
Konsert ini merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat-bakat seni dan memberikan mereka platform sejajar dengan matlamat DFP untuk menghidangkan muzik pelbagai genre untuk menarik semua lapisan masyarakat.
Penubuhan Kugiran Masdo pada tahun 2015 diinspirasikan dari filem Allahyarham P Ramlee, Do Re Mi, manakala muzik mereka banyak dipengaruhi oleh kugiran era 1960an seperti A Ramlie & The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Wonders, serta era tahun 2000an seperti The Last Shadow Puppets dan The Changcuters.
Kugiran Masdo melahirkan single pertama bertajuk Bunga pada tahun 2016; dalam masa dua bulan, muzik video single ini mendapat 5 juta tontonan di YouTube.
Album perdana mereka dilahirkan pada tahun 2017 bertajuk Selamat Tinggal Pujaan mengandungi 8 lagu termasuk Bunga, Ratu Hati and Malam Pesta Rock & Roll. Album ini telah mencatat jualan sebanyak 10,000 unit.
Single kedua mereka, Dinda, diedarkan pada tahun 2019 dan mendapat 1 juta tontonan di YouTube pada bulan pertama. Dinda turut tercalon di Anugerah Juara Lagu 34 pada tahun 2020. Lagu ini menduduki tempat kedua dalam senarai 50 lagu tular di digital platform Asia. Penangan lagu ini memuncak pada tahun 2021 bila menjadi tular di Indonesia dengan 46 juta muat turun di aplikasi TikTok.
Kugiran Masdo seterusnya melahirkan album kedua bertajuk Jalan Abbey pada tahun 2019. Rakaman album ini telah dijalankan di studio tersohor Abbey Road Studios di London. Album ini mengandungi lagu-lagu seperti Nearly Near You, Dewi Puspanita, Janji Manis dan Kasih Dan Sayang (yang dijadikan single ketiga dan mendapat tontonan 259,000 di YouTube).
Pada tahun 2021, kumpulan ini melahirkan single keempat, Janji Manis, dengan jumlah tontonan 700,000 di YouTube. Lagu ini menjadi tular di Indonesia dengan 8 juta muat turun di aplikasi TikTok.
Seterusnya, single Dewi Puspita diedarkan pada tahun yang sama dengan penerbitan muzik video hasil kerjasama dengan CENDANA Malaysia.
Mereka terus melakar sejarah pada tahun 2020 pada ketika negara dilanda pandemic dengan sebuah persembahan secara langsung dari Istana Budaya yang mendapat 200,000 tontonan di YouTube.
Kugiran Masdo telah melebarkan sayapnya ke Singapura (melalui konsert di The Esplanade dan The Star Theatre) dan Indonesia (melalui siri konsert jelajah ke Bandung, Bekasi dan Jakarta, serta persembahan di Wonogiri Festival).
Persembahan di DFP ini pastinya mencatit satu lagi sejarah dalam profil seni Kugiran Masdo di mana mereka bakal mengajak para peminat menghayati lagu-lagu hits mereka dalam gubahan simfoni dan akustika dengan memberi penekanan kepada alat-alat muzik bertali (strings section).
Pemuzik-pemuzik berbakat dari Kugiran Masdo terdiri daripada Ali Sariah (gitaris/vokalis/komposer), Putu Ceri (bass/komposer/vokalis) dan Asmawi (gitaris/vokal latar).
Saksikan ekspresi muzik yang unik dari Kugiran Masdo, hanya di DFP! -- Gempak
Gempak
Thu May 18 2023
![Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas! Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684405342_KugiranMasdo.jpg)
Pemuzik-pemuzik berbakat dari Kugiran Masdo terdiri daripada Ali Sariah (gitaris/vokalis/komposer), Putu Ceri (bass/komposer/vokalis) dan Asmawi (gitaris/vokal latar). - Gempak
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![Kugiran Masdo bikin konsert percuma 25 Mei ini, eksklusif untuk ahli kad GRC Kugiran Masdo bikin konsert percuma 25 Mei ini, eksklusif untuk ahli kad GRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715153193_KugiranMasdojpg.jpg)
Kugiran Masdo bikin konsert percuma 25 Mei ini, eksklusif untuk ahli kad GRC
Antara acara yang menantikan oleh pengunjung adalah pameran kereta ubah suai, pengalaman glamping dan banyak lagi.
!['Ada nilai sentimental' - Kugiran Masdo enggan jual ratusan blazer dan sut 'Ada nilai sentimental' - Kugiran Masdo enggan jual ratusan blazer dan sut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710054209_tbKugiranMasdobla.jpg)
'Ada nilai sentimental' - Kugiran Masdo enggan jual ratusan blazer dan sut
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, walaupun pernah mendapat permintaan daripada peminat yang mahu membeli pakaian yangkan koleksi
![Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas! Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684405342_KugiranMasdo.jpg)
Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!
DFP meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo.
![Shawn Mendes, TWICE dan Halestorm antara 14 konsert panas tahun ini Shawn Mendes, TWICE dan Halestorm antara 14 konsert panas tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/51563253320_TBCONCERTjpg.jpg)
Shawn Mendes, TWICE dan Halestorm antara 14 konsert panas tahun ini
Tahun ini merupakan tahun yang terbukti meriah dengan pelbagai jenis konsert dan festival muzik yang dapat memenuhi pelbagai citarasa.
![Art of Speed 2019 lebih hebat Art of Speed 2019 lebih hebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562836605_artofspeed.jpg)
Art of Speed 2019 lebih hebat
Festival kustom dan muzik yang lebih hebat menanti peminat kereta dan motorsikal 'kustom' di Art of Speed 2019.