LEE Kwang Soo akan meninggalkan program realiti "Running Man" yang telah dibintanginya selama 11 tahun.
Perkara itu disahkan agensi yang diwakilinya King Kong by Starship melalui satu kenyataan pada Selasa.
"Lee Kwang Soo akan meninggalkan program "Running Man" SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.
"Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala.
"Walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal yang baik semasa penggambaran 'Running Man'.
"Hasilnya, Lee Kwang Soo mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut serta akhirnya sampai pada kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental," kata agensi berkenaan.
Pelakon popular itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan pada 15 Februari lalu.
Akibat perlanggaran itu, Kwang Soo akan menjalani pembedahan buku lali petang ini, lapor Soompi.
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan "Running Man" merupakan rumah buat Kwang Soo selama 11 tahun dan sukar untuknya membuat keputusan ini.
"Namun, itu tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa depan.
"Kami dengan tulus mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas cinta yang mereka tunjukkan kepada Kwang Soo di 'Running Man', dan Kwang Soo berjanji akan menyambut anda sekali lagi dengan keadaan kesihatan yang lebih baik," jelasnya.
Kwang Soo merupakan antara individu pertama yang menerajui "Running Man" sejak program itu disiarkan pada tahun 2010.
Afiezy Azaman
Tue Apr 27 2021

Lee Kwang Soo akan meninggalkan Program Realiti Running Man yang telah dibintanginya selama 11 tahun. -IG @masijacoke850714
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Terima kasih Lee Kwang Soo', surat menyentuh hati Running Man
Suasana sebak harus dilalui oleh Running Man apabila mereka terpaksa melepaskan keluarga yang paling disayangi, Lee Kwang Soo.

Lee Kwang Soo sah tinggalkan Running Man selepas 11 tahun
Perkara itu disahkan agensi yang diwakilinya King Kong by Starship melalui satu kenyataan, pada Selasa.

'Selepas cinta didedahkan ...' Lee Kwang Soo gentar jumpa 'Running Man'
Anggota Running Man, Lee Kwang Soo akui bimbang untuk menghadiri rakaman program popular berkenaan selepas berita mengenai hubungan cintanya bersama aktres Lee Sun Bin didedahkan.

Mesyuarat tergempar putuskan Running Man tamat secara rasmi Februari 2017
Pihak penerbitan membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan kakitangan produksi serta beberapa bintangnya hari ini.

15 fakta menarik & lucu sewaktu Lee Kwang Soo di Kuala Lumpur
Populariti Lee Kwang Soo tidak dapat dinafikan apabila kunjungannya ke Malaysia pada Khamis menyebabkan ruang legar pusat KLCC penuh sesak.

Lee Kwang Soo hilang telefon bimbit di Malaysia, mohon peminat carikan
Pelakon Lee Kwang Soo yang juga anggota Running Man meminta jasa baik peminatnya di Malaysia untuk mencari telefon bimbitnya yang hilang.