KUALA LUMPUR: Sudah tentu sukar untuk melupakan pemergian insan tercinta, dan itu juga dilalui oleh isteri kepada Allahyarham Pyanhabib, Zurina Zakaria, yang kehilangan suaminya pada 4 Jun lalu.
Menerusi kemas kini terbaharu di laman Facebook Pyanhabib Rahman, Zurina, 58, meluahkan isi hati bagaimana untuk dia menempuhi hari-hari mendatang tanpa Allahyarham di sisinya.
"Allah, macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini (Pyanhabib) sebagai pelindung, suami, baba dan atok (datuk) yang sangat tegas," tulisnya pada Jumaat.
Dalam entri sama, Zurina turut memuat naik beberapa keping gambar Allahyarham Pyanhabib, yang juga pelakon dan penyair versatil tanah air termasuk ketika mengerjakan umrah pada September tahun lalu.
Jelas Zurina, suaminya bersyukur kerana dapat mengecapi banyak impian semasa hayatnya termasuk pergi ke tanah suci.
"Saya (Allahyarham Pyanhabib) sudah dapat apa yang saya mahu dalam hidup. (Antaranya) menjadi penulis, berkahwin dan memiliki anak. (Selain itu) ke Mekah adalah impian saya sebelum saya tutup mata," kongsi Zurina lagi.
Dalam pada itu, Zurina turut menitipkan doa untuk Allahyarham suami:
"Rehatlah kanda... tiada lagi ragam dunia yang memenatkan fikiran kanda. Cukup lah anak menantu dan cucu menemani dinda sebelum dinda juga menyusul ke sana."
Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat pada 4 Jun lalu.
Pyanhabib lahir pada 27 Mei 1958 dan berasal dari Taiping, Perak.
Allahyarham aktif menulis dan membaca puisi sejak 1976 bersama Anak Alam dan mencetuskan fenomena baca puisi di bawah tiang lampu 10 tahun kemudian.
Astro Awani
Fri Jun 14 2024
!['Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib 'Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718341308_TBPyanhabib.jpg)
Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat pada 4 Jun lalu. - Foto/Facebook Pyanhabib Rahman
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
!['Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib 'Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718341308_TBPyanhabib.jpg)
'Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib
Zurina meluahkan isi hati bagaimana untuk dia menempuhi hari-hari mendatang tanpa Allahyarham di sisinya.
!['Dia meninggal di bahu saya...' - Isteri reda pemergian Pyanhabib 'Dia meninggal di bahu saya...' - Isteri reda pemergian Pyanhabib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717563476_PengebumianPyanhab.jpg)
'Dia meninggal di bahu saya...' - Isteri reda pemergian Pyanhabib
Isteri penyair dan pelakon Pyanhabib, Zurina Khalid, reda dan mengikhlaskan pemergian suaminya yang meninggal dunia malam tadi.
![Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717549407_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib
Anwar turut mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
![Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717539029_MohdSupyanbinAbdu.jpg)
Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi
Fahmi berkata Pyanhabib merupakan seorang penyajak, penulis, pelakon serta seniman yang amat disayangi dan disegani.