KUALA LUMPUR: Memahami pengorbanan besar barisan petugas barisan hadapan, penyanyi terkenal, Datuk Nora mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan buat golongan berkenaan.
Tidak hanya usahanya sendirian, sebaliknya, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu juga mendapat sokongan padu daripada rakan-rakannya dalam usaha menterjemahkan rasa terima kasih itu.
Projek infak makanan kepada petugas-petugas sama ada yang menguruskan krisis kesihatan dan menjaga keselamatan negara khususnya selain pekerja-pekerja kebersihan kini menjadi tumpuanya yang diasaskan bersama pasukannya.
Idea projek infak sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, kata Nora, tercetus selepas beliau menerima pertanyaan daripada kenalan-kenalannya yang meminta khidmat menyediakan juadah untuk petugas barisan hadapan.
Menurutnya, memandangkan beliau sendiri mengasaskan perniagaan makanan di bawah Team Secukup Rasa, justeru, khidmatnya diyakini oleh pelanggan yang sering berurusan dengannya.
“Saya bersyukur dengan kepercayaan sahabat-sahabat yang meminta kami di Secukup Rasa menyediakan makanan dan mengedarkannya kepada petugas-petugas barisan hadapan.
“Kami sebagai penyedia perkhidmatan akan memenuhi kehendak para dermawan yang mahu sama-sama berkongsi rezeki dengan hero-hero Malaysia yang tidak pernah kenal erti penat, letih atau kepayahan dalam membantu seluruh rakyat keluar daripada keperitan pandemik COVID-19 ini,” kata Nora dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Sabtu.
Menurut Nora, khidmat penyediaan juadah tengah hari antaranya set nasi tomato, nasi beriyani dan nasi kerabu itu bukanlah bersifat mengaut keuntungan.
Sebaliknya, menerusi projek infak ini, beliau sendiri mahu mengambil kesempatan mencari saham akhirat.
“Inilah platform terbaik untuk saya dan pasukan saya mencari saham akhirat. Alhamdulillah keprihatinan rakan-rakan itu telah membuka ruang untuk saya sendiri menyalur sumbangan dengan cara kami.
“Projek infak ini hakikatnya adalah tanda terima kasih rakan-rakan dan saya sendiri. Saya yakin, kita semua memahami bahawa dalam setiap rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain.
“Jadi, saya dengan penuh rasa insaf dan kesyukuran, saya usahakan projek infak ini. Kalau ada lebih ramai yang mahu bersama kami, maka lebih banyak makanan dapat diedarkan dan kita semua akan memperoleh manfaatnya,” ujar Nora yang mengakui hatinya sangat tenang dan lapang dengan melakukan kerja-kerja kemanusiaan ini.
Kata Nora, sebagai permulaan, projek infak makanan itu diedarkan kepada pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Banting Selangor pada Jumaat.
Infak sajian tengah hari itu, jelas Nora, daripada sahabatnya, Prof Dr Rushdi Ramli.
“Pasukan saya memenuhi hasrat dan keinginan Prof Dr Rushdi yang mahu meraikan frontlines dengan menghantar ke IPD Banting,” sambung Nora lagi.
Berdasarkan kemampuan, Nora dan pasukannya boleh menyediakan antara 100 hingga 200 pek makanan sehari dengan penghantaran dibuat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Namun, sekiranya terdapat permintaan pada hari-hari lain, pihaknya akan berusaha untuk memenuhinya.
“Sebetulnya, saya sendiri mahu turun padang untuk mengantar sendiri juadah kepada frontliners… namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, jadi saya hanya mampu meminta kakitangan penghantaran untuk melakukannya.
“Sedih dan ralat kerana tidak dapat berjumpa petugas-petugas barisan hadapan. Saya sentiasa mendoakan agar segala usaha dan kebaikan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT,” kata Nora sambil memaklumkan terdapat permintaan untuk mengedar pek makanan sehingga sejauh Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan.
Anda yang berminat untuk turut sama dalam projek infak makanan bersama Nora boleh menghubungi Jaja di talian 0192157752.
“Saya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bersama-sama Team Secukup Rasa untuk menyertai projek infak ini untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan kita,” kata Nora.
Astro Awani
Sat Jun 05 2021
Dengan sokongan rakan-rakan, Nora dan Team Secukup Rasa tumpu projek infak makanan kepada petugas barisan hadapan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
"Mama tolong ambilkan ya..."- Sebak, Nora mewakili arwah anak terima diploma
Nora terharu dapat mewakili arwah anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skrol diploma miliknya di Majlis Konvensyen UiTM.
Berat 38kg: Bekas penagih sesal ambil dadah, jalan singkat untuk kurus
Gara-gara terlalu obses untuk kurus, Nora sanggup mengambil dadah, sehingga berat badannya mencecah cuma 38 kilogram (kg).
Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
Dengan sokongan rakan-rakan, Nora tumpu projek infak makanan kepada petugas barisan hadapan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0
Digosip bernikah dengan Annuar Musa, ini penjelasan Nora
"Sangat tak masuk akal. Tolonglah jangan buat fitnah macam ini. Fikirkan hati orang lain juga." - Nora
Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.
Habsah Hassan, Nora, Yusry (KRU) dikurnia gelaran Datuk
Nora, Habsah dan Yusry merupakan penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021.
"Tak perlu salahkan sesiapa atau cari sebab ketentuan" - Nora
Sabarlah Nora...
"Terima kasih atas bantuan dan sokongan anda" - Keluarga Nora Anne
Keluarga Nora Anne Quoirin selain daripada meramkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras mencari remaja yang hilang itu sejak dilaporkan 4 Ogos lalu.
"Industri kita kecil, jangan nak berlagak" - Nora
Betul tu Kak Nora...
Nama pelik dua beradik Durry Yan dan Nur Rambutt'an jadi perhatian
Dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.