POLIS sedang menyiasat kemungkinan ada unsur jenayah dalam kejadian membabitkan ahli bina badan, Herman Fauzi atau lebih dikenali sebagai Justyn Vicky selepas gagal mengangkat barbell seberat 210 kilogram di sebuah pusat kecergasan di Jalan Danau Tamblingan, Sanur, Denpasar, Bali baru-baru ini.
Ketua Polis Denpasar Selatan, AKP Ida Ayu Made Kalpika Sari, berkata, pihak mereka masih melakukan siasatan jika benar kematian pempengaruh sukan bina badan berkenaan melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Dalam hal ini, Unit Siasatan Jenayah Polres Denpasar Selatan masih melakukan siasatan untuk menemukan perbuatan jenayah tersebut,” katanya kepada Kompas.
Kapilka berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung musibah yang menimpa mangsa hasil muat naik video tular di media sosial.
Sementara itu, pihak pengurusan pusat kecergasan lokasi tragedi tidak mengambil inisiatif untuk melaporkan tragedi tersebut kepada polis.
“Siasatan polis bukan berdasarkan laporan pihak pengurusan tetapi maklumat berkaitan berita viral Justyn yang meninggal dunia akibat mengangkat beban,” katanya.
Dalam kes ini, sambung Kalpika, pihaknya telah memanggil dua saksi yang bersama mangsa ketika kejadian. Keduanya disoal siasat pada minggu lalu.
*Sumber: Kompas
**Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Jul 25 2023
Justyn Vicky meninggal dunia selepas gagal mengangkat barbell seberat 210 kilogram di sebuah pusat kecergasan di Jalan Danau Tamblingan, Sanur, Denpasar, Bali baru-baru ini. - Gempak
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
Maut patah tengkuk, polis siasat kemungkinan kematian pempengaruh ada unsur jenayah
Polis masih melakukan siasatan jika benar kematian pempengaruh sukan bina badan Justyn Vicky melibatkan sebarang unsur jenayah.