CALIFORNIA: Sisa tubuh manusia yang ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel, California, Amerika Syarikat (AS) disahkan sebagai milik pelakon British, Julian Sands, yang hilang semasa mendaki pada bulan Januari lalu.
Pendaki telah menemui sisa tersebut pada hari Sabtu, kata pihak polis, dan mereka kini telah dikenal pasti secara rasmi.
Sands terkenal dengan lakonannnya dalam filem yang pernah meraih Oscar, A Room With A View selain drama televisyen pupular, 24 dan Smallville.
Pencapaian mendiang yang lain termasuk naskhah The Girl with the Dragon Tattoo pada tahun 2011 bersama pelakon Daniel Craig.
Sands yang berusia 65 tahun dilaporkan hilang pada 13 Januari lalu semasa cuaca buruk di kawasan Baldy Bowl di pergunungan San Gabriel.
Pencarian berdepan kekangan akibat cuaca buruk di kawasan itu dan dihentikan pada Mac kerana risiko runtuhan salji.
Bahkan, sebanyak lapan misi mencari melalui darat dan udara telah dilakukan termasuk usaha mencari oleh sukarelawan selama lebih 500 jam.
Jurucakap polis sebelum ini berkata, matlamat mereka adalah "untuk memberikan penyelesaian" kepada keluarga Sands.
Selepas pencarian semula pada awal bulan ini, polis berkata, bahagian kawasan yang curam dan lembah masih tidak dapat diakses disebabkan oleh "kedudukan alpin yang ekstrem", termasuk ketebalan salji dan ais lebih daripada 10 kaki (3 meter) yang masih bersisa.
Dalam masa sama, keluarga pelakon berkenaan merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa California yang berusaha menjejaki mendiang Sands meskipun gagal menemukannya.
Semenatara pada akhir Januari, abang aktor itu, Nick Sands, yang menetap di North Yorkshire iaitu tempat di mana mereka lima beradik dibesarkan berkata, dia telah mengucapkan "selamat tinggal" kepada adiknya.
"Saya telah menerima hakikat bahawa dia pergi dan bagi saya, itulah cara saya menghadapinya," katanya.
Dilahirkan di Otley, Yorkshire, dan dididik di Lord Wandsworth College di Hampshire, Sands memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi filem The Killing Fields. - Agensi
Agensi
Tue Jun 27 2023

Polis mengesahkan, sisa tubuh manusia yang ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel, California, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu milik pelakon terkenal Julian Sands. - Gambar fail REUTERS

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Punca kematian pelakon Julian Sands 'tidak dapat dipastikan'
Beliau dilaporkan hilang pada petang 13 Januari, selepas pergi mendaki sendirian pada awal pagi di kawasan Baldy Bowl di Pergunungan San Gabriel.

Mayat manusia yang ditemui sah milik pelakon Julian Sands
Selepas lima bulan gagal dikesan, pendaki menemui sisa tubuh manusia di pergunungan San Gabriel, California, AS.

Mayat ditemui di lokasi pelakon Julian Sands hilang
Mayat manusia ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel Amerika Syarikat, lokasi pelakon Britain Julian Sands dilaporkan hilang kira-kira lima bulan yang lalu, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Hilang di pergunungan San Gabriel, pencarian pelakon Julian Sands sukar akibat ribut
Misi pencarian pelakon berusia 65 tahun itu akan diteruskan melalui udara sahaja.